Kadar tol lebuh raya mungkin dinaikkan?

logo PLUS

Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar tol lebuh raya wajar ditangguhkan bagi meringankan beban rakyat yang mungkin berhadapan dengan kemelesetan ekonomi pada tahun ini.

Jika alasan tiada kenaikan tol tahun lalu disebabkan masalah ekonomi, alasan yang sama masih boleh diguna pakai tahun ini. Ia adalah disebabkan tidak semua pengguna tol merupakan orang kaya, malah ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa melalui pondok tol setiap hari untuk berulang-alik ke pejabat.

Apa sahaja kenaikan akan memberi kesan besar ke atas perbelanjaan rakyat. Jadual kenaikan kadar tol setiap tiga tahun sekali sehingga 2029 terlalu singkat dan hanya menguntungkan pihak pemegang konsesi lebuh raya.

Adalah sukar untuk kita meramalkan sama ada kenaikan berlaku atau tidak sebab kerajaan terikat dengan perjanjian tersebut dan perlu membayar pampasan kepada pemegang konsesi jika tidak ikut syarat itu.

Soalnya, kenapa pihak kerajaan bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut jika ianya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja? Mengapa kepentingan rakyat tidak diutamakan dalam perjanjian tersebut? Mungkinkah ada udang di sebalik batu?😦

2 Responses to Kadar tol lebuh raya mungkin dinaikkan?

  1. muhammadridwanto berkata:

    memang ada udang di sebalik batu

    hazrul7 jawap:
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini dan meninggalkan komen. Aku pun rasa sama seperti apa yang kau rasa. Bak kata pepatah, pagi-pagi makan pengat, sendiri mau ingat!🙂

  2. muhammadridwanto berkata:

    biasa lah , negara ku aman

    hazrul7 jawap:
    ya, mungkin negara kita aman tapi kenapa kita tak dapat nikmati kehidupan yang selesa? Semua benda naik kat malaysia ni; makanan, tarif elektik, tarif air, tol dsbnya. Nanti ramailah yang akan dapat penyakit darah tinggi! huhuhuhu…😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: