IJN bakal jadi Institut Jutawan Nasional?

Institut Jantung Negara

Lega. Itulah perasaan yang aku rasa apabila Sime Darby Berhad membatalkan keputusan untuk mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) daripada kerajaan. Mungkin ini kemenangan awal suara rakyat Malaysia terhadap isu yang dibangkitkan baru-baru ini.

Perubatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan dan sektor utiliti (elektrik, air dan telekomunikasi) adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya kepada semua rakyat bagi sesebuah negara tanpa mengira parti mana sekalipun yang dipilih memerintah.

Jika IJN diswastakan, sudah pasti rakyat golongan kurang berkemampuan, pesara, kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana tidak dapat terus menikmati perkhidmatan perubatan yang sedia ada. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang mampu menerima rawatan kardiovaskular di sana.

Sekiranya ia berlaku, IJN patut ditukar namanya kepada Institut Jutawan Nasional.🙂 Sudah pasti mereka yang bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kelapa sawit dan nelayan tidak layak mendapatkan rawatan di IJN. Disebabkan harga getah dan kelapa sawit yang menjunam, golongan ini pasti berfikir banyak kali untuk menjalani pembedahan jantung di institut tersebut.😦

Aku membantah sekeras-kerasnya penswastaan IJN! Diharap kerajaan akan lebih prihatin untuk membela nasib rakyat marhain. Dulu kerajaan pernah menggunakan slogan dalam kempen pilihan raya mereka iaitu Tradisi Membela Rakyat. Jadi buktikan kata-kata tersebut adalah benar!😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: