Tambang bas sekolah akan naik 30% lagi jika…

bas sekolah

Masing-masing menuding jari di antara satu sama lain. Itulah perkara yang berlaku di antara Presiden Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSSM) Chee Ah Tey dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), berhubung isu kenaikan 30 peratus surcaj bas sekolah.

Bulan lalu, PPBSSM memutuskan untuk mengenakan surcaj itu bermula Januari ini, selepas ketiadaan perkembangan berhubung tuntutan mereka supaya kerajaan menambah subsidi diesel sebanyak 43 sen seliter.

Chee berkata, keputusan mengenakan surcaj 30 peratus itu bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan besar sebaliknya mahu memastikan perkhidmatan berkenaan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, berkata pihaknya tidak akan tunduk dengan sebarang ugutan PPBSSM berhubung surcaj 30 peratus.

Perkara ini boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak bersemuka dan mengadakan rundingan bersama. Ia perlu dilakukan agar wujud kata sepakat di antara dua pihak. Keadaan ekonomi yang dijangka mengalami kemelesetan pada tahun ini, sudah pasti tidak ada pihak yang mahu mengalami kerugian. Manakala di sebelah pihak yang lain pula ingin mengekalkan ketetapan yang sedia ada.

Jalan penyelesaian perlu dirintis segera. Jika tidak, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Pihak yang akan menjadi mangsa pastinya pengguna iaitu pihak ibu bapa pelajar.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: