Sudahkah anda melakukan penamaan simpanan KWSP?

logo KWSP

Semalam aku bercuti. Aku jarang ambil cuti pada awal tahun. Tapi semalam aku habiskan baki cuti tahun lepas 2 hari untuk selesaikan urusan yang telah lama tertangguh. Kini, baki cuti aku untuk tahun lepas tinggal 1 hari sahaja lagi. Setakat ini aku belum tahu bila aku akan habiskannya.

Aku ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Aku bercadang untuk melakukan penamaan kepada simpanan KWSP tersebut. Alhamdulillah, urusannya mudah kerana ahli KWSP hanya perlu isi sekeping borang, sertakan sekali salinan MyKad bahagian depan dan belakang di atas sekeping kertas bersaiz A4. Setelah borang dan dokumen sokongan lengkap, ambil nombor giliran anda.

Tiba giliran, serahkan semua dokumen tersebut kepada pegawai yang bertugas di kaunter. Dia akan masukkan semua maklumat ke dalam pangkalan data KWSP. Setelah siap, anda akan diberikan sekeping kertas A4 menyatakan bahawa penamaan KWSP anda telah dikemaskini. Selesai! Urusan tersebut begitu mudah dan cepat.🙂

Untuk pengetahuan anda semua, bagi ahli yang beragama Islam, penama hanya bertindak sebagai seorang wasi atau pentadbir simpanan tersebut. Beliau dinasihatkan untuk mentadbir dan mengagihkan simpanan ahli berdasarkan undang-undang Islam (Faraid).

Sekiranya penama yang berhak gagal untuk mengemukakan tuntutan selepas 21 tahun ahli meninggal dunia, maka penamaan akan terbatal, dan kes tersebut akan diproses di bawah peraturan Simpanan Tanpa Penamaan.

Sudahkah anda melakukan penamaan bagi simpanan KWSP? Jika belum, bertindaklah segera hari ini untuk kemudahan waris yang ditinggalkan setelah anda meninggal dunia. Renung-renungkan dan selamat bertindak.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: