Harga petrol mungkin akan dinaikkan semula?

protes kenaikan harga petrol!

Harga runcit petrol yang telah turun sebanyak 7 kali sehingga bulan Disember tahun lalu, berkemungkinan akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter, jika harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong. Kita sebagai rakyat menjangkakan bahawa harga petrol akan diturunkan lagi pada masa akan datang tetapi cerita sebaliknya pula yang berlaku!

Berdasarkan iklim ekonomi negara dan juga dunia yang dijangka tidak menentu, kita berharap agar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak hanya menumpukan kepada isu menaikkan harga petrol semata-mata tetapi tidak mengambil berat isu barangan keperluan pengguna seperti ikan dan sayur-sayuran yang diberitakan naik sehingga 40% seperti yang dilaporkan oleh Bernama TV minggu lepas.

Sepatutnya harga barangan keperluan pengguna tidak melambung naik selaras dengan penurunan harga petrol yang telah diumumkan oleh kerajaan. Pemantauan perlu dilakukan kepada pihak pembekal dan pemborong agar rakyat tidak menjadi mangsa ketamakan mereka untuk meraih keuntungan berlipat ganda.😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: