Topi keledar tiada piawaian SIRIM undang bahaya

logo SIRIM

Selepas penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang dikuatkuasakan, kini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan diberi kuasa untuk merampas semua topi keledar yang tidak diluluskan oleh Sirim di premis jualannya termasuk kedai motosikal di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata kertas cadangan mengenai perkara itu sudah dihantar kepada pihak JPJ untuk diteliti dan diambil tindakan susulan dua minggu lalu.

Beliau berkata, pindaan ke atas Kaedah Pemakaian Topi Keledar dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu perlu dilakukan kerana ramai penunggang dan pembonceng motosikal tidak menyedari penggunaan topi keledar yang tidak menepati piawaian Sirim mendedahkan mereka kepada kecederaan serius dalam kemalangan.

Katanya, sebaik pindaan itu diluluskan, agensi penguatkuasaan berkenaan boleh membanteras penjualan topi keledar jenis itu dengan mensasarkan operasi rampasan di kedai atau individu yang menjualnya.

Sebelum ini, Suret berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mengharamkan penggunaan topi keledar jenis separuh atau lebih popular dengan panggilan ‘kura-kura’ di samping menyediakan hukuman sewajarnya bagi mereka yang ingkar.

Langkah yang akan dilaksanakan harus dipuji dan disokong oleh orang ramai. Ia bertujuan untuk mengurangkan statistik kematian di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. Tetapi, aku berharap agar pihak-pihak yang berkenaan jangan hanya memikirkan tentang isu topi keledar sahaja. Bagaimana dengan isu penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya, memotong sana sini di antara dua kenderaan, melanggar isyarat lampu merah, isu mat rempit yang semakin membarah di banyak kawasan, isu penunggang yang tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, mengubah suai motosikal tanpa kebenaran dan sebagainya?.

Pada pendapat aku, isu topi keledar ini hanya sebahagian daripada isu terhadap golongan ini sahaja. Apa yang lebih utama ialah bagaimana untuk mendidik mereka agar lebih berhemah dan mematuhi undang-undang ketika menggunakan jalan raya. Amalan bersopan-santun dan berbudi bahasa di jalan raya juga jangan lupa dikempen bersama.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: