Tragedi selepas sambut tahun baru

Ngeri, tragis, sedih, takziah dan simpati. Itulah perkataan yang dapat aku ucapkan apabila mendengar berita mengenai tiga orang rakan terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas pulang daripada menyambut kedatangan tahun baru. Tragedi yang meragut 2 nyawa itu berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada pagi semalam.

Pemandu kereta jenis Proton Satria Neo, Nur Aina Rashid, 23, Nor Salina Abd Wahab, 20, terbunuh dan rakan mereka yang cedera, Norida Meor Othman, 21.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata dalam kejadian jam 2.30 pagi, kereta yang dinaiki ketiga rakan itu menghala ke arah Sungai Besi dipercayai hilang kawalan dan merempuh tiang di sebelah kiri jalan.

Malang tidak berbau. Diharapkan kejadian ini akan dijadikan iktibar kepada semua pemandu agar berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat dan ingatlah orang yang disayangi. Kepulangan anda dinanti dan dirindui tapi bukan untuk ditangisi. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: