Tarif air naik 30% mulai Mac 2009?

logo SYABAS

Penduduk di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 30% mulai Mac tahun ini. Perkara ini dijangka akan berlaku sekiranya kerajaan negeri Selangor melalui syarikat kendaliannya iaitu Syarikat Belakan Air Selangor (SYABAS) tidak menyerahkan pengurusan syarikat pembekal air tersebut kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB).

Tindakan PAAB ke atas SYABAS ini tidak ubah seperti ugutan, namun pihak yang akan menjadi mangsa dan menerima impak yang besar ialah rakyat di ketiga-tiga kawasan tersebut. Air adalah sumber alam semula jadi anugerah Allah S.W.T. kepada sekalian hambaNya. Oleh itu adalah tidak patut jika ada pihak yang cuba mengaut keuntungan berlipat ganda dan juga mempolitikkan ia demi survival individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili lebih 500,000 pekerja di negara ini merayu kerajaan mengkaji semula keputusan menaikkan tarif air. Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, berkata keputusan itu sudah tentunya akan memberi kesan kepada lebih 55,000 pengguna di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Beliau mendakwa, Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor membayangkan kenaikan tarif itu baru-baru ini.

“MTUC bersama Gabungan Penentang Penswastaan Air (CAWP) tidak faham dengan keputusan kerajaan mahu menaikkan tarif air di ketiga-tiga kawasan bermula Mac tahun depan. “Keputusan ini sudah tentunya memberi kesan kepada keluarga berpendapatan rendah lebih-lebih lagi pada tahun depan tidak semua terkecuali berhadapan dengan krisis ekonomi global,”

katanya dalam sidang media pada Selasa, 30.12.2008 yang lalu.

Turut hadir Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang juga Penyelaras CAWP dan Presiden MTUC, Syed Shahrir Syed Mohamud. Sementara itu, Charles berkata ketika ini penghuni rumah kos rendah dan pangsapuri membayar sebanyak 80 sen bagi setiap meter padu dan sekiranya tarif air dinaikkan, maka caj baru ialah sebanyak RM1.04.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: