RM50 sudah cukup untuk jelaskan hutang PTPTN?

logo PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada para peminjam dalam usaha mendapatkan kembali tunggakan pinjaman yang menjangkau jutaan ringgit.

Selain daripada itu, PTPTN hanya akan mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini berbanding empat peratus sebelumnya.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, kelonggaran itu diberi selepas hampir 50 peratus peminjam gagal membayar balik hutang mereka.

Berdasarkan rekod, setakat November lalu, PTPTN mempunyai lebih sejuta peminjam. Beliau mengesyorkan para peminjam menghubungi pejabat PTPTN terdekat bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

PTPTN memperuntukkan RM3.4 bilion setiap tahun untuk pinjaman pendidikan.

Walaupun nilai RM50 itu boleh dianggap kecil dan mampu dikeluarkan oleh seseorang, tetapi harus diingat bahawa jumlah itu belum cukup untuk menampung jumlah besar pinjaman. Malah hutang para peminjam akan terus meningkat disebabkan kadar caj yang dikenakan adalah satu peratus daripada baki pinjaman!😦

Tidak ada maknanya PTPTN menggalakkan para peminjam membuat bayaran minimum jika akhirnya keseluruhan pinjaman masih tidak berkurangan!😦 Apa yang aku selaku peminjam atau mungkin orang lain inginkan ialah PTPTN memansuhkan caj pentadbiran serta merta untuk meringankan beban pemiutang!😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: