Penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang: undang kebaikan atau kesusahan?

logo JPJ

Mulai 01.01.2009, penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang untuk semua kenderaan persendirian dikuatkuasakan. Sekiranya mereka ingkar untuk mematuhinya, pemandu kenderaan tersebut akan disaman. Saman itu dikeluarkan selepas undang-undang yang diluluskan Parlimen pada Februari tahun lalu mula dikuatkuasakan tengah malam semalam.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berkata jumlah 242 saman dikeluarkan itu menunjukkan masih ada pemandu dan penumpang kenderaan yang tidak peka dengan amaran dan kempen dilancarkan sebelum ini.

Salim berkata, pengenalan undang-undang ini dilakukan selepas kajian mengenainya dilakukan Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah yang diperkenalkan adalah baik untuk mengurangkan risiko kecederaan atau kematian yang tinggi dalam kemalangan jalan raya. Namun, apa yang aku perhatikan, kempen yang dijalankan di Malaysia kebiasaannya hanya hangat pada awal pelancarannya sahaja atau dilakukan mengikut musim. Tetapi, aku berharap agar perkara ini akan berterusan sampai bila-bila.

Bagi kenderaan yang masih belum memasang tali pinggang keledar tersebut, mereka diberikan tempoh sehingga bulan Jun 2009. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan disaman dengan kadar di antara RM300 sehingga RM2000!😦 Bagi pembeli kenderaan jenama Proton, Perodua dan Honda pemasangan tali pinggang keledar itu ditanggung oleh syarikat pengeluar kereta. Bagi pemilik kenderaan selain daripada yang dinyatakan, mereka perlu menanggung sendiri pemasangannya.😦

Aku kurang faham dengan undang-undang yang diperkenalkan di Malaysia ini. Ia bukan menjurus ke arah mendidik pengguna tetapi lebih kepada perkara yang menyusahkan pengguna dan membebankan mereka daripada segi kewangan. Empat perkara yang menjadi isu di sini ialah tentang kos pemasangan yang perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan selain daripada jenama yang dinyatakan seperti di atas, masalah ketiadaan stok barang di kebanyakan pusat servis Proton dan Perodua (seperti kes Kelisa adik aku), tempoh masa yang perlu diambil untuk pemasangan tersebut (di antara 4 hingga 6 bulan! mengikut janji temu) dan akhir sekali nilai saman yang tinggi bagi pemandu yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jika inilah masalahnya, lebih baik pelaksanaan ini ditangguhkan terlebih dahulu untuk kebaikan dan keadilan semua pihak. Jangan sampai ramai rakyat yang merungut dan membantah isu ini, barulah pihak yang berkenaan ingin menarik balik penguatkuasaan yang dicadangkan!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: