Selamat tahun baru 2009

sambutan tahun baru 2009 di Dataran Merdeka

Tepat jam 12:00 tengah malam tadi, tarikh di kalendar telah bertukar kepada tahun 2009. Hari ini merupakan hari pertama kita laluinya pada tahun baru.

Ketibaan tahun baru ini kebiasaannya disambut meriah di seluruh negara dengan puluhan ribu rakyat dari pelbagai kaum dan agama berkumpul di beberapa lokasi, untuk meraikannya dan menghitung detik jam 12 tengah malam. Lokasi-lokasi yang biasa dipenuhi oleh orang ramai di sekitar Kuala Lumpur ialah Dataran Merdeka, KLCC, sekitar Jalan Bukit Bintang dan lain-lain lagi.

Ketika kita leka dan bergembira serta bersorak riang melihat pertunjukan bunga api di angkasa, adakah kita sedar akan nasib kebanyakan rakyat Palestin yang menjerit ketakutan apabila dibedil dan diserang bertalu-talu dengan bom tentera Israel? Aku pasti ramai yang akan lupa pada waktu itu, benarkan?

Pada masa sebuah negara yang bernama Palestin dihujani dengan peluru daripada senapang atau mesingan, rakyat di negara lain seperti Malaysia berpesta pada tengah malam hingga ke awal pagi tanpa rasa sedih dengan nasib rakyat bumi Palestin yang tidak pasti. Mereka mungkin tidak pernah melihat keindahan bunga api pada malam tahun baru. Oleh itu, kita patut malu pada diri sendiri! Adakah pada malam tadi kita melakukan muhasabah dan menginsafi diri? Pasti ramai yang TIDAK berbuat demikian.😦

Di dalam akhbar Kosmo! yang aku baca hari ini menyatakan beberapa negara Arab membatalkan majlis sambutan tahun baru 2009 sebagai tanda hormat terhadap masyarakat Palestin yang menjadi mangsa pengeboman tentera Israel.

Mesir, Jordan dan Dubai membatalkan semua jenis acara termasuk konsert.

“Sebagai tanda perpaduan terhadap penderitaan saudara kami di Palestin…Kementerian Kebudayaan dan Maklumat dengan ini membatalkan semua jenis sambutan tahun baru.”

Malaysia bagaimana? Kenapa sambutan tahun baru tidak dibatalkan sahaja? Adakah kita tidak sedikitpun merasa simpati ke atas nasib yang menimpa seluruh Palestin? Jika Dr M kata Melayu mudah lupa, aku akan katakan Malaysia masih leka. Alpa kerana negara kita sudah merdeka, aman dan makmur. Bukankah itu yang kita rasa?😦

Selamat tahun baru Malaysia, Palestin dan seluruh dunia.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: