Cabaran Ekonomi Tahun 2009

Aku tertarik apabila mendengar berita di dalam Bernama TV Isnin lepas. Seorang jurucakap syarikat GlaxoSmithKline berkata, tahun 2009 yang akan tiba esok akan memberi kesan kepada sektor pengguna (consumer) berbanding sektor penjagaan kesihatan (healthcare).

Dengan iklim ekonomi yang tidak pasti, dijangkakan sektor penjagaan kesihatan akan terus mendapat permintaan seterusnya mengelakkan sektor tersebut daripada mengalami kegawatan. Ini berita baik kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor yang disebutkan pada awal topik ini. Jadi kepada anda yang ingin menceburi atau menukar perniagaan kepada bidang yang baru, aku sarankan anda beralih kepada sektor ini.

Lepas ini ramailah orang yang akan berlumba-lumba menceburi bidang perniagaan berasaskan penjagaan kesihatan seperti ubat-ubatan berasaskan herba, ubat-ubatan moden, rawatan alternatif/tradisional, alatan senaman, spa, gimnasium, salun kecantikan dan lain-lain lagi. Ini sudah semestinya kerana walaupun ekonomi dijangka merudum, orang ramai tetap ingin kelihatan langsing, cantik, cergas dan sihat. Apa yang pasti permintaan tongkat ali dan kacip fatimah akan terus meningkat! Hahahaha…😀

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: