Tokoh Maal Hijrah Malaysia 1430

Datuk Seri Harussani Zakaria

Mufti negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan Ulama dari Syria, Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1430H/2008M peringkat kebangsaan semalam.

Kedua-dua tokoh berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM100,000 daripada kerajaan, RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, plak, sijil dan hadiah iringan. Mereka menerima anugerah itu daripada Timbalan Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Datuk Seri Harussani yang berasal dari Kampung Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak dipilih berdasarkan kepada sumbangan menyebarkan Islam dengan tekun dan berdedikasi.

Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik banyak menerima anugerah kerana menyumbang pada peringkat kebangsaan sebagai Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Pentashih Al-Quran, Lembaga Teks dan Pelesenan Al-Quran dan Pengerusi Penapisan Buku-Buku Bercorak Agama di Malaysia dan Penasihat kepada Kumpulan Maybank.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Kedah dan Sekolah Anglo-Cina di Parit Buntar serta antara kumpulan pelajar Islam pertama yang mengikuti pengajian di Kolej Islam London pada 1989.

Pada sidang media Datuk Seri Harussani berkata, prinsip dan sikap menyatakan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira kepada sesiapa perlu diamalkan jika mahu menjadi seorang Muslim yang baik.

Sementara itu, Dr Wahbah yang dilahirkan di Dir Atiyyah, Syria pernah dilantik memegang pelbagai jawatan antaranya perunding Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa, Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah di Bank Islam Al-Dauli, Bahrain, Ketua Bahagian Kajian Syariah Bagi Majlis Syarie bagi Kewangan Islam Bahrain dan anggota Majlis Fatwa Tertinggi Syria.

Dr Wahbah turut mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan ilmiah dan banyak hasil penulisan beliau menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Aku merasa bangga kerana salah seorang daripada idolaku, Datuk Seri Harussani Zakaria sememangnya layak dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah kali ini. Pada pendapat aku, beliau seorang yang tegas dan berani menyuarakan pendirian tentang isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam khasnya dan juga umat Islam amnya. Tahniah dan Syabas Datuk Seri!🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: