Palestin: Cukupkah sekadar mengecam dan mengutuk serangan Israel sahaja?

kecam serangan Israel

Rejim Zionis melancarkan serangan besar-besaran semalam ke atas penempatan awam di Gaza. Tentera Israel menggunakan semua kelengkapan ketenteraan yang dimiliki untuk memusnahkan pergerakan Hamas yang telah memasuki hari ketiga sejak Sabtu, 27.12.2008 yang lalu.

Pengeboman bertalu-talu Israel melalui lebih 300 serangan udara sejak tengah hari Sabtu lalu menyebabkan kemusnahan teruk di Gaza dan meruntuhkan bangunan sehingga berkecai. Pihak tentera berkata kapal perangnya juga melancarkan pengeboman terhadap sasarannya dari laut.

Salah satu serangannya terkena bangunan lima tingkat yang menempatkan bahagian wanita di Universiti Islam, sebuah simbol terkemuka Hamas di Gaza.

Namun, apa yang menyedihkan ialah ramai nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman tidak berperikemanusiaan puak Yahudi ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia hanya mampu mengecam dan mengutuk serangan tentera Israel sahaja? Soalnya, adakah dengan melakukan bantahan dan demonstrasi sudah cukup untuk membuatkan rejim Zionis itu daripada berundur dari sempadan Gaza? Sudah tentu TIDAK!

Liga Arab yang sejak dulu tidak pernah mencapai kata sepakat dalam isu Palestin ini dijangka akan terus bertelingkah sesama para pemimpin mereka. Malaysia selaku Pengerusi OIC perlu melakukan satu resolusi yang drastik kepada PBB untuk menangani isu yang sudah sekian lama tercetus, seperti tidak ada penghujungnya. Apa yang aku jangkakan PBB perlu menghantar pasukan tentera pengaman di sana dan jika boleh memaksa tentera Israel berundur dan menghentikan serangan kepada penduduk Palestin.

Ia nampak seakan sukar tetapi itu sahaja jalan yang dapat aku fikirkan buat masa ini. Walaupun aku tahu salah satu negara yang mempunyai kuasa veto di dalam Majlis Keselamatan PBB itu sendiri ialah Amerika Syarikat yang juga sekutu kuat Israel.😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: