Hijrahku…

logo Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya aku masih diberi peluang dan kesempatan lagi untuk menaip di dalam blog ini. Jika anda semua perasan, kali terakhir aku menaip artikel di sini adalah pada 4 September 2008 yang lalu. Sudah terlalu lama penulisan aku terhenti lantaran kesibukan aku dengan tugas-tugas yang perlu diutamakan.

Hari ini, Isnin 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430 Hijrah merupakan tahun baru di dalam takwim Islam. Maka pada hari ini, akan bermulalah satu lembaran baru dalam hidup seorang Muslim atau Muslimat. Jika mengikut perancangan awal, aku sendiri ingin memulakan penulisan di dalam blog yang baru. Tetapi setelah difikirkan berkali-kali, aku merasakan sayang untuk meninggalkan atau menghapuskan blog yang telah dibina. Faktor yang menyebabkan aku membuat keputusan tersebut ialah aku telah memulakannya dengan baik pada awal kemunculannya, jadi segala usaha yang telah dilakukan akan menjadi sia-sia apabila aku mengakhirinya dengan membiarkannya begitu sahaja.

Walaupun terdapat pelbagai kekurangan daripada segi kandungan artikel yang dipos pada bulan Ogos dan September 2008 yang lalu, aku berjanji akan memperbaikinya pada masa akan datang. Ia samalah seperti azam seseorang. Bercakap mengenai azam, aku juga mempunyai azam pada tahun baru Hijrah ini. Di antara azam aku pada tahun ini ialah:

1. Memula dan memantapkan pengajian tentang agama Islam.
2. Menyambung pengajian akademik ke peringkat seterusnya.
3. Menutup satu atau dua kad kredit daripada beberapa kad kredit yang aku ada sekarang.😦
4. Menumpukan perhatian untuk membayar hutang PTPTN setiap bulan supaya cepat habis dan bagi mengelakkan kos pentadbiran bertambah dari masa ke semasa.😦
5. Menabung untuk masa hadapan yang lebih cerah.πŸ™‚
6. Menghantar artikel ke dalam blog ini setiap hari atau sekerap yang boleh berbanding masa lalu.πŸ™‚

Itu antara beberapa perkara yang telah aku fikirkan sebelum kedatangan tahun baru Hijrah tempohari. Aku berdoa agar segala apa yang aku rancangkan akan membuahkan hasil yang baik pada hujung tahun nanti. Amin…Salam Maal Hijrah 1430 aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ini.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: