Salam Ramadhan Al-Mubarak 1429 Hijrah…

Umat Islam di Malaysia mula mengerjakan ibadah puasa bagi tahun 1429 Hijrah pada hari Isnin, 01.09.2008 yang lalu. Pada tarikh tersebut juga merupakan cuti gantian sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun, yang jatuh pada hari Ahad yang lalu. Kebiasaannya, ramai juga orang yang akan memohon cuti pada awal Ramadhan untuk menyambutnya bersama ahli keluarga di kampung halaman. Namun, dengan adanya cuti gantian ini, mereka tidak perlu memohonnya lagi kerana telah diberikan cuti percuma secara automatik.🙂

Walaupun hari ini telah masuk hari ke 4 kita berpuasa namun, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli AIC yang mengenali diri ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia walau di mana jua mereka berada. Semoga segala puasa dan ibadah kita pada bulan yang mulia ini akan dilipat gandakan ganjaran pahalanya oleh Allah S.W.T. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: