Rebet Tunai untuk Subsidi Petrol…

Hari ini aku pergi pejabat pos menuntut rebet tunai untuk subsidi petrol. Bilangan orang tidak ramai di pejabat pos yang aku kunjungi. Selepas selesai mengisi borang, tiba giliran aku. Dalam tempoh tidak sampai 3 minit, aku telah diberi RM150.00 (rebet tunai untuk motorsikal) oleh petugas kaunter Pos Malaysia.🙂

Adakah aku gembira? Aku rasa tidak!. Jika aku gembira sekali pun, perasaan itu hanya sementara sahaja. Ini adalah disebabkan, selepas melakukan kiraan…RM150.00 / 12 bulan = RM12.50 sebulan. Tetapi jika anda semua ingin tahu, motorsikal aku tu perlu diisi sebanyak RM9.00 selama 4 hari!

Mari kita buat kiraan daripada awal. 30 hari dalam sebulan / 4 hari = 7.5 hari. Maknanya, aku kena isi petrol motorsikal sebanyak 7.5 kali sebulan. Bila kita bulatkan angka tersebut, 7 hari X RM9.00 = RM63.00 ialah harga yang perlu aku belanjakan selama sebulan. Jika RM63.00 X 12 bulan = RM756.00 yang perlu aku belanjakan selama setahun!!. Jika RM756.00 – RM150.00 = RM606.00 inilah kos yang perlu aku keluarkan untuk tempoh setahun.

Kesimpulannya, rebet tunai untuk subsidi petrol yang diberikan oleh kerajaan tidak mampu untuk membantu mengurangkan beban rakyat! Pada pendapat aku, orang nak beri kita duit…kita ambil, tapi untuk sokong kerajaan sekarang aku akan katakan TIDAK!!! 😦

Kepada anda yang masih belum menuntut rebet tunai untuk subsidi petrol, klik di sini untuk muat turun borang tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: