Aku GERAMM!…

Semalam, sesampainya aku ke rumah daripada pejabat, aku menghubungi .:ask:. untuk bertanyakan tentang t-shirt merah GERAMM. Nasib aku baik kerana dia masih ada beberapa helai lagi t-shirt tersebut dalam simpanannya.🙂 Aku diberitahu oleh .:ask:. juga, ada beberapa rakan AIC akan berkumpul malam nanti. Selepas diberitahu lokasi perjumpaan, aku menyatakan persetujuan untuk turut serta.

Bila aku masuk sahaja ke dalam rumah, aku diberitahu oleh ahli keluarga bahawa saluran astro pula menghadapi gangguan siaran!😦 Aduhai…belum habis penat balik daripada kerja, satu lagi masalah menerpa.😦 Aku menghubungi talian perkhidmatan pelanggan astro, tetapi selepas menunggu selama 5 minit barulah aku dapat melaporkan aduan kepada seseorang di hujung talian! Lambat dan penat aku menunggu!😦 Macam ini ke perkhidmatan kepada pelanggan yang cekap?😦

Selepas memberikan beberapa maklumat peribadi, aku diberi jaminan dalam masa 4 (baca empat) jam pekerja bahagian teknikal akan menghubungi aku. Ya Allah! “Dalam tempoh 4 jam selepas saya buat aduan baru ada orang yang akan hubungi saya ke?”, kataku kepada pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut. “Ini prosedur biasa encik”, jawapnya ringkas. “Jangan pula nanti dah 3 jam 59 minit baru ada orang yang akan hubungi saya”, kataku sedikit marah.

Macam ni punya service level agreement pun ada ek? Hairan aku. Dah la aku malas nak peningkan kepala. Kemudian aku mandi dan bersiap untuk keluar dan bertemu rakan-rakan AIC. Tetapi ada juga beberapa orang yang tiba lewat kerana kesesakan lalu lintas. Aku jadi GERAMM sekali lagi!😦 Ramai rakan AIC yang aku temui. Aku juga dapat beli t-shirt merah GERAMM daripada .:ask:.🙂 Pertemuan kami berakhir pada jam 11:35 malam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: