Kad Debit…

Pagi tadi, aku terima panggilan telefon daripada seorang pekerja bank. Aku diberitahu bahawa permohonan aku untuk menukar kad ATM kepada kad debit telah diluluskan. Aku dikehendaki untuk datang ke bank dan mengambilnya sendiri.

Penukaran kad ini adalah percuma kepada semua pekerja syarikat dan subsidarinya. Jika orang luar akan dikenakan caj sebanyak RM12. Kelebihan menggunakan kad ini ialah kita tidak perlu membawa wang tunai ketika melakukan transaksi pembayaran di kaunter sewaktu membeli-belah. Alasan kedua ialah, ia mengajar pemegang kad agar tidak berhutang apabila membeli barangan atau perkhidmatan. Alasan ketiga, kita tidak perlu pening kepala untuk membuat bayaran pada setiap hujung bulan kepada pihak bank termasuk membayar faedahnya sekali!:)

Semenjak pelbagai isu kenaikan berlaku di Malaysia, diberitakan ramai rakyat membeli petrol untuk kenderaan mereka dengan menggunakan kad kredit. Aku rasa pada masa ini penggunaan kad kredit adalah satu tindakan yang kurang bijak. Ini adalah kerana pengguna kad kredit akan menambahkan lagi beban hutang mereka. Pada masa ini kita perlu berjimat cermat dan jika boleh jangan buat atau menambah hutang yang baru. Itu pesanan seorang rakan kepada aku semenjak isu kenaikan petrol, diesel, beras dan barangan keperluan pengguna melambung naik! Walau apapun, keputusan muktamad terletak pada diri masing-masing. Aku hanya memberi cadangan dan menyampaikan maklumat sahaja.

Gambar kad debit yang aku maksudkan seperti ditunjukkan di bawah ini. Aku tak dapat apa-apa bayaran pun melalui promosi yang dilakukan. Hahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: