25 Mac, 2009 7:09 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan calon terbaik pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April depan.
Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan Mohammad Nizar berdasarkan pengalaman, pendidikan dan kesungguhan beliau semasa menjadi Menteri Besar sebelum ini sehingga menjadi lambang pembela nasib rakyat pelbagai kaum di Perak.
“Kalau dilihat secara objektif sambutan terhadap Nizar di Bukit Gantang terutamanya di Perak, perlu diakui bahawa beliau menonjol sebagai tokoh yang disenangi rakyat berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang bersih dan menjaga kepentingan orang Melayu, Cina, serta India di Perak.
“Kita dalam PKR telah mengerahkan seluruh kekuatan kita di Perak dan negeri berhampiran untuk membantu calon PAS dan insyaAllah Nizar akan menang di Bukit Gantang dengan undi yang lebih besar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, Perak, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, pemilihan Mohammad Nizar sebagai calon diputuskan selepas tinjauan terhadap rakyat Perak termasuklah di peringkat dalaman parti itu sendiri.
Beliau berkata, kemenangan PAS di Bukit Gantang amat penting untuk memberi satu nilai tambah yang lebih besar kepada parti itu selepas kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lalu.
“Situasi pilihan raya kecil kali ini ialah krisis politik yang berlaku di Perak, jadi krisis politik itu harus melibatkan orang yang berada dalam krisis itu sendiri supaya rakyat boleh membuat penilaian terhadap krisis ini.
“Kita rasa bahawa potensi untuk menang dengan satu kemenangan yang memberangsangkan itu ada pada Nizar,” katanya.
Mahfuz turut menafikan keputusan itu tidak direstui Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Koo Ham berkata, DAP menyokong siapa sahaja pilihan PAS tetapi pemilihan Mohammad Nizar merupakan calon paling tepat.
Menurutnya, pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan petunjuk penting adakah rakyat menerima tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengambil alih kerajaan PR tanpa mengikut lunas undang-udang.
“Oleh kerana Barisan Nasional takut untuk berhadapn dengan rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), pilihan raya kecil Bukit Gantang ini adalah peluang terbaik sebagai tanda protes kepada kerajaan BN di Perak,” katanya. Sinar Harian
Leave a Comment » |
Agama, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: ada potensi untuk menang, ADUN Pasir Panjang, bantu kempen Nizar, beri nilai tambah yang besar kepada PAS, Bukit Gantang, calon diputuskan melalui tinjauan, calon diputuskan melalui tinjauan dalaman PAS, calon diputuskan melalui tinjauan terhadap rakyat Perak, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, calon paling tepat, calon terbaik, DAP, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato’ Mahfuz Omar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, jaga kepentingan pelbagai kaum, jangka dapat undi yang besar, kemenangan Nizar penting, Ketua Penerangan PAS, krisis politik negeri Perak, lambang pembela nasib rakyat pelbagai kaum, nafi tidak dapat restu Mursyidul Am PAS, Ngeh Koo Ham, P059, P059 Bukit Gantang, Pakatan Rakyat, peluang terbaik rakyat Perak, Penasihat PKR, Perak, petunjuk daripada rakyat Perak, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PR, Presiden PAS, rakyat buat penilaian, rekod perkhidmatan yang bersih, Simpang, Taiping, Taman Kota Jaya, tanda protes kepada kerajaan BN Perak, Timbalan Setiausaha Agung DAP, tokoh yang disenangi rakyat, yakin Nizar menang |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
14 Februari, 2009 11:33 AM
Tarikh 14 Februari adalah tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih sama ada yang sedang bercinta, di alam pertunangan mahupun yang telah berkahwin. Ini adalah disebabkan tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Kekasih yang disambut oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Muslim haram menyambut Hari Kekasih tersebut?
Sebagai maklumat kepada para pengunjung blog ini, sila klik keratan akhbar yang disisipkan di sini untuk membaca dan memahami isi kandungannya mengenai perkara tersebut.
Sumber : akhbar Harakah, bil 1413, 9 – 12 Februari 2009, muka surat F23.
Leave a Comment » |
Agama, Isu Semasa | Tagged: 14 Februari, akhbar Harakah, cinta, Harakah, haram, Hari Kekasih, Hari Valentine, kahwin, kekasih, Muslim haram menyambut Hari Valentine, tunang |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
12 Februari, 2009 2:59 PM
Tahun 2008 Facebook mengaut keuntungan USD300 juta. Tetapi keuntungan yang sebanyak itu digunakan untuk membiayai perang di Gaza. Benarkah?
Fenomena Facebook begitu gempar di Malaysia dan Indonesia, sehinggakan ada Facebook dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Kita tentu hairan bukan main kerana setiap hari semakin ramai yang mendaftar di Facebook.
Tidak hairanlah pada tahun 2008 Facebook mengaut keuntungan USD300 juta kerana lebih dari 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan 8.5 juta foto dimuat setiap hari.
Facebook memberikan banyak kemudahan bagi kita, dari mulai menjalin hubungan sampai mencari wang dari Facebook, dapat juga membaca artikel ini dan artikel ini. Tetapi keuntungan yang sebanyak itu digunakan untuk membiayai perang di Gaza!
Awalnya ramai tidak sengaja membuat kajian tentang Facebook. Dari awal lagi umat Islam mengutuk serangan Israel di Gaza. Untuk membantu warga Gaza, umat Islam hanya dapat berdoa dan berniat untuk memboikot produk-produk Israel.
Banyak artikel yang ditulis beberapa waktu lalu tentang pemboikotan produk-produk Amerika, ada komentar yang mengatakan bahawa Facebook dan wordpress adalah milik Amerika dan menyarankan untuk tidak memakainya lagi. Dari sini Sabili mula melakukan research tentang facebook dan wordpress.
Fakta-fakta :
1. Facebook adalah milik Mark Zuckerberg, jika kita membaca artikel Mark Zuckerberg dalam bahasa Indonesia/Melayu tidak diketahui secara lengkap siapakah dia. Kalau kita membaca artikel tentang Mark Zuckerberg dalam bahasa Inggeris terdapat lengkap data diri si pembuat facebook ini.
2. Siapakah sebenarnya si pendiri sekaligus CEO Facebook ini? Dia adalah mahasiswa Universiti Harvard dan aktif sebagai anggota Alpha Epsilon Pi.
3. Alpha Epsilon Pi (AEP) adalah seperti perkumpulan mahasiswa Yahudi di Amerika Utara, yang mempunyai misi sebagai berikut:
AEP ialah perkumpulan Yahudi di Amerika Utara yang diasaskan bertujuan membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. Ia juga bertujuan untuk mengekalkan dan menguatkan hubungan sesama Yahudi di peringkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
AEP juga bertujuan mengekalkan ideal Yahudi supaya terjaga di segi nilai, etika dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin Yahudi pada masa hadapan.
Itulah misi AEP yang ditubuhkan sebagai tempat pengkaderan dan tempat mencari pemimpin baru bagi kaumnya, iaitu Yahudi.
Fakta keempat sampai artikel ini ditulis serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih dari 1300 orang Palestin.
Facebook mendapatkan keuntungan dari iklan yang dipasang, semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook semakin banyak pula keuntungannya. –sabili
Sumber : akhbar Siasah, bil 0133, 25 Januari – 31 Januari 2009, muka surat 26.
1 Komen |
Agama, Isu Semasa, Luar Negara | Tagged: AEP, akhbar Siasah, Alpha Epsilon Pi, Amerika, Amerika Utara, baca artikel, bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, berdoa, biayai perang, boikot, boikot produk, cari wang, CEO, CEO Facebook, etika, Facebook, fenomena, Gaza, gempar, hairan, ideal Yahudi, iklan, Indonesia, Israel, jalin hubungan, kajian, komentar, mahasiswa, Malaysia, Mark Zuckerberg, misi, Palestin, pengguna aktif, pengkaderan, research, Sabili, Siasah, Universiti Harvard, untung, wordpress, Yahudi |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
12 Februari, 2009 1:26 PM
Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka. Atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.
Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan. Syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka. Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran menerusi ayat 120 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya orang-orang Islam tergelincir daripada kebenaran Islam.
F pertama ialah filem
Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.
Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti ‘Akhirat’, ‘Gubra’, ‘Mukhsin’, ‘Sepet’, ‘Anak Halal’, ‘KL Menjerit’ dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah.
F kedua ialah ‘famili’ (keluarga)
Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati Berdansa.
Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ini, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.
F ketiga ialah ‘fesyen’
Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.
F keempat ialah ‘fun’
Yahudi juga menjadi inspirasi kemusnahan hidup orang Islam, hingga mereka cipta program hiburan yang mengasyikkan, pada masa yang sama sebenarnya ia adalah racun kepada kehidupan beragama umat Islam, seperti memperbanyak program realiti hiburan keterlaluan yang umum mengetahui seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak dan bermacam-macam lagi yang bertujuan melahirkan individu muslim yang sentiasa berangan hendak menjadi popular, akhirnya hilang integriti sebagai umat Islam yang serius menyampaikan mesej Islam.
F kelima ialah ‘food’
Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McDonald’s dan lain-lain.
Satu sumber menyebut bahawa tepung gandum yang diproses di Israel telah dicampur dengan satu bahan yang boleh memandulkan manusia, gandum berkenaan dieksport khusus ke negara-negara umat Islam supaya mereka mandul maka kuranglah jumlah orang Islam, pada masa yang sama kurang jugalah bilangan orang Islam yang mahu menyekat dan melawan mereka (Yahudi).
Sumber : akhbar Harakah, bil 1410, 26 Januari – 1 Februari 2009, muka surat F23.
Leave a Comment » |
Agama, Isu Semasa, Luar Negara | Tagged: Palestin, Yahudi, Israel, Islam, umat Islam, boikot, Raja Lawak, Amerika, syaitan, kejam, program realiti, Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, zalim, akidah, bebas, jahat, akhirat, 5F Yahudi, dilaknat, kiamat, murtad, syurga, disumpah, neraka, ahli neraka, Surah Al-Baqarah, ayat 120, ayat 120 Surah Al-Baqarah, Nasrani, Muhammad S.A.W., terpesong, agama Islam, hawa nafsu, wahyu, kebenaran, kebenaran Islam, tergelincir, filem, Hollywood, filem lucah, lucah, filem Melayu, bebas bercampur gaul, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, KL Menjerit, takdir, sihir, famili, hidup bebas, aurat, mahram, trend, bukan mahram, kalut, cemburu, pegangan hidup, fesyen, nampak pusat, pakaian ketat, pelik, pakaian menjolok mata, menjolok mata, fun, inspirasi, racun, hiburan keterlaluan, popular, berangan popular, integriti, mesej Islam, food, KFC, McDonald's, mandul, Harakah, akhbar Harakah |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
11 Februari, 2009 8:32 PM
Seorang Sufi, Ibnu Sammak mengadap raja dengan membawa secangkir minuman. Raja itu meminta sedikit nasihat daripada Ibnu Sammak. Ibnu Sammak bertanya raja, “Katakanlah tuanku dalam kehausan yang amat sangat dan hanya terdapat secangkir minuman yang ada di tangan saya ini. Relakah tuanku membayar secangkir minuman ini dengan seluruh harta benda tuanku?” Raja itu mengatakan, “Sudah tentu.”
Orang sufi itu meneruskan, “Kalau tuanku terpaksa menyerahkan takhta kerajaan tuanku untuk menghilangkan kehausan itu, bagaimana, bolehkah tuanku menyerahkan?”. Raja menjawab, “Sudah tentu aku serahkan!”
Ibnu Sammak lantas berkata, “Nah! tuanku, janganlah tuanku bergembira dengan takhta kerajaan yang nilainya hanya seteguk minuman!”
MORAL & IKTIBAR
Seorang yang bagaimana tinggi sekalipun pangkatnya perlu merujuk kepada ulama untuk kebahagiaan dan keselamatan di akhirat.
Kurniaan Tuhan berupa secangkir air untuk menghilangkan dahaga saja lebih besar nilainya daripada takhta kerajaan seluas bumi.
Janganlah sombong dan bongkak dengan apa yang ada pada kita kerana itu juga adalah kurniaan Allah.
Setiap nikmat dan kurniaan perlulah kita syukuri dan lahirkan kesyukuran kepada Allah yang mengurniakannya.
Sekiranya kita bersyukur atas nikmat Allah, nescaya akan diberikan tambahan nikmat. Sebaliknya jika tidak bersyukur, azab Allah yang amat pedih menunggu kita di akhirat nanti.
Sumber : akhbar Mingguan Wasilah, bil 97, 8 – 14 Feb 2009, muka surat 30.
Leave a Comment » |
Agama | Tagged: ulama, kerajaan, sufi, Ibnu Sammak, secangkir, secangkir minuman, nasihat, harta benda, takhta, seteguk minuman, moral, iktibar, akhirat, kurniaan, secangkir air, dahaga, sombong, bongkak, nikmat, syukur, azab, Mingguan Wasilah, haus, bahagia, selamat |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
6 Februari, 2009 9:05 PM
Aku baru lepas baca laman web HarakahDaily.Net sebentar tadi. Rasa terkejut, marah dan sedih dengan apa yang telah berlaku di kawasan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak selepas habis solat Jumaat tengahari tadi.
Aku ingatkan hanya tentera-tentera Israel dan rejim Zionis sahaja yang membedil masjid-masjid di Palestin, tetapi masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Kuala Kangsar juga turut dibedil dengan gas pemedih mata oleh FRU!
Didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.
Apa kejadahnya semua ini??
Tindakan yang dilakukan oleh FRU ini sudah melampau! Masjid adalah tempat untuk beribadah, pusat penyebaran ilmu agama dan pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Tetapi peristiwa yang berlaku amat dikesali. Persoalannya siapa yang biadap dan derhaka sekarang?
Leave a Comment » |
Agama, Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Apa kejadahnya, biadap, derhaka, FRU, gas pemedih mata, HarakahDaily.Net, Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah, Palestin, Perak, Rejim Zionis, tentera-tentera Israel |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
4 Februari, 2009 7:01 PM
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha pasar raya dan kedai runcit yang mencampurkan barangan halal dan haram di premis mereka mendorong Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM) melancarkan petisyen dalam talian.
Presiden MACOM, Norizan Sharif berkata, petisyen itu bertujuan mendesak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil langkah sewajarnya untuk menangani perkara tersebut.
“Kita menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai masalah tersebut kerana ia telah menimbulkan suasana tidak selesa khususnya di kalangan pengguna Islam.”
“Kita mahu pihak berkuasa serius dalam hal ini kerana ia melibatkan kepentingan pengguna yang merasa was-was dan kurang senang dengan tindakan sesetengah pasar raya yang langsung tidak mengendahkan sensitiviti agama lain.”
Jelas Norizan, antara kandungan petisyen tersebut ialah mendesak kerajaan mengambil langkah yang difikirkan wajar dalam memastikan label yang jelas digunakan bagi menandakan sesuatu barangan yang haram dimakan oleh masyarakat Islam di sesebuah pasar raya atau kedai runcit.
Ini kerana dakwanya, masih terdapat pengusaha pasar raya yang mencampuradukkan barangan haram khususnya produk babi dan arak dengan produk-produk lain.
Petisyen itu boleh ditandatangani secara dalam talian di sini
Norizan mengharapkan petisyen itu dapat mengumpul 10,000 tandatangan dalam masa empat bulan sebelum diserahkan kepada kerajaan.
Jika anda prihatin terhadap isu halal dan haram yang diperjuangkan oleh MACOM, sila turunkan tandatangan pada petisyen tersebut agar desakan kita akan diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Aku sudah pun menandatangani petisyen tersebut.
Leave a Comment » |
Agama, Berita Malaysia, Isu Semasa | Tagged: aduan, arak, babi, halal, haram, Islam, MACOM, Norizan Sharif, PBT, pengguna Islam, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia, petisyen, pihak berkuasa tempatan, Presiden MACOM, produk babi, sensitiviti agama, tandatangan, was-was |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
31 Januari, 2009 1:00 PM
Perokok-perokok dan pihak pengurusan industri tembakau di Indonesia membidas langkah majlis ulama negara itu yang mengharamkan merokok. Bagaimanapun, aktivis kesihatan menyambut baik pengharaman tersebut tetapi menyatakan kerajaan perlu melakukan lebih banyak usaha bagi menghentikan amalan merokok.
Majlis Ulama Indonesia sebelum ini mengeluarkan fatwa bahawa merokok di tempat awam adalah haram. Wanita serta kanak-kanak yang merokok turut dikategorikan haram. Merokok merupakan amalan meluas di Indonesia. Harga rokok di negara itu adalah antara termurah di dunia di mana ia dijual kira-kira AS$1 atau bersamaan RM3.58 satu kotak.
Fatwa itu turut dibidas oleh syarikat tembakau di negara itu kerana pengharaman dijangka menyebabkan permintaan rokok bakal berkurangan.
Aku sokong fatwa pengharaman merokok yang dibuat oleh Majlis Ulama Indonesia. Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, membazir wang malah membeli dan menghisap rokok samalah seperti kita menyumbang kepada keuntungan syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat-Israel. Tidakkah para perokok bersimpati dengan nasib semua rakyat Palestin? Jika anda bersimpati dengan mereka berhentilah merokok mulai sekarang!.
Aku juga masih menanti fatwa yang akan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Adakah mereka akan mengeluarkan fatwa yang sama dengan negara jiran tersebut? Walaupun kerajaan telah melancarkan kempen Tak nak! tidak berapa lama dahulu, ia seolah-olah tidak berkesan untuk mendidik perokok daripada menghentikan tabiat yang tidak memberi faedah kepada tubuh mereka.
Leave a Comment » |
Agama, Luar Negara | Tagged: Amerika Syarikat, fatwa, haram, Indonesia, Israel, kempen Tak nak!, Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Ulama Indonesia, merokok, Palestin, perokok, Tak nak!, tembakau |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
30 Januari, 2009 7:31 PM

Ramlang Porigi merupakan bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, yang dikaitkan sebagai saksi sumpah laknat seorang pemuda yang mendakwa diliwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dikenakan hukuman buang kerja.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, ketika dihubungi di Brunei mengesahkan tindakan itu yang diambil mengikut prosedur biasa tatatertib jabatan kerajaan. Beliau berkata hukuman itu berkuatkuasa minggu ini tetapi tidak dapat memberikan tarikh tepat.
Bagaimanapun, Ramlang boleh mengemukakan rayuan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berhubung tindakan jabatan itu dan Lembaga Rayuan Tatatertib akan mengkajinya. Wan Mohamad berkata surat berkenaan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia Jakim awal minggu ini.
Apa nak jadi dengan situasi di Malaysia masa kini. Jika penjawat awam membantu pihak pembangkang mereka akan dikenakan tindakan disiplin atau dibuang kerja. Tetapi jika mereka menyebelahi pihak kerajaan, seperti cerita seorang Duta Malaysia ke Mongolia yang turut sama berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 yang lalu, tiada sebarang tindakan dikenakan kepadanya.
Rakyat seperti tidak boleh menyuarakan pendapat atau pandangan masing-masing dan mesti sentiasa menyokong kerajaan sahajakah? Inikah yang dinamakan kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang selalu dilaung-laungkan?
Leave a Comment » |
Agama, Berita Malaysia, Isu Semasa | Tagged: Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Mongolia, kerajaan, pembangkang, bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, sumpah laknat, liwat, Brunei, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA, Lembaga Rayuan Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia Jakim, penjawat awam, Duta Malaysia, Permatang Pauh, kebebasan bersuara, demokrasi, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
30 Januari, 2009 7:19 PM

Mufti negeri Perlis yang baru, Dr Juanda Jaya.
Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu.
Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, sekaligus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu. Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau.
Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam. Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri.
Nampaknya negeri Perlis ketandusan tokoh agama yang berwibawa untuk dilantik sebagai Mufti. Tokoh agama terkenal yang berasal dari negeri tersebut yang aku tahu ialah Dato’ Dr Haron Din. Perlis perlu melahirkan lebih ramai tokoh agama pada masa akan datang bukan sahaja untuk kebaikan rakyat negeri Perlis khasnya, malah untuk kegemilangan agama Islam buat seluruh rakyat Malaysia amnya.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr Juanda Jaya yang bakal dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru.
Leave a Comment » |
Agama, Berita Malaysia | Tagged: Bekas Naib Mufti Sarawak, bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu, Dato’ Dr Haron Din, Dr Juanda Jaya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, England, fundamentalis, Ijazah Sarjana Syariah, Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA, Lampetex, Malaysia, Mazhab Sunnah Wal Jamaah, Melanau, Menteri Besar Perlis, Mesir, mufti, Mufti Perlis, orientalis, Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia, Perlis, Raja Perlis, Sarawak, tafsiran hadis, tokoh agama, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, UKM, United Kingdom, Universiti Al-Azhar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, USM |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7