5 Mei, 2009 5:11 PM

Dato A. Samad Said
Lima Sasterawan Negara menyatakan pendirian membantah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kesemua mereka yang masih hidup, menyatakan enam sebab penolakan terhadap dasar itu dalam satu sidang media di rumah PENA pagi ini.
Kesemua sasterawan tersebut ialah Dato’ A. Samad Said, Muhammad Salleh, Dato’ Shahnon Ahmad, Dato’ Nordin Hassan dan Dato’ Abdullah Hussain.
Dua Sasterawan Negara yang hadir dalam sidang media berkenaan ialah Dato’ A. Samad Said dan Muhammad Salleh manakala tiga yang lain tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
Dalam sidang media tersebut, kedua-dua sasterawan tersebut menyatakan dengan tegas bahawa mereka tidak akan teragak-agak membuang gelaran Sasterawan Negara sekiranya kerajaan masih berdegil mempertahankan dasar tersebut.
Kesemua lima sasterawan yang masih hidup itu merupakan sembilan daripada sasterawan yang mendapat Anugerah Sasterawan Negara sejak 1981. Empat darinya telah meninggal dunia iaitu Kamaluddin Muhamad (Keris Mas), Dato’ Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman Syed Omar (S Othman Kelantan).
Pada 7 Mac 2009 lalu, Dato’ A. Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad mengejutkan negara apabila bersama pejuang-pejuang bahasa yang lain berarak menuju ke Istana Negara bagi menyatakan pendirian membantah dasar PPSMI yang merugikan bahasa Melayu.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Anugerah Sasterawan Negara, Arena Wati, bantah PPSMI, Dato' A Samad Said, Dato' Abdullah Hussain, Dato' Nordin Hassan, Dato' Shahnon Ahmad, Dato' Usman Awang, isu PPSMI, Keris Mas, Muhammad Salleh, PPSMI, rumah PENA, Sasterawan Negara, Syed Othman Syed Omar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
5 Mei, 2009 4:49 PM

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggenggam tangan ke arah penyokong beliau di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Gambar diambil daripada laman sesawang mStar Online.
Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu, Sultan Perak tidak memecat Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.
Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Tapi, benarkah kesemua ADUN Perak telah hilang kepercayaan kepada Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini?. Kenapa tidak dilakukan undi tidak percaya di dalam sidang DUN?. Mengapa tiada keputusan sebulat suara pun diumumkan oleh Speaker DUN Perak?. Siapa yang pandai-pandai buat rumusan seperti itu?. Tidak semena-mena pemerintahan negeri Perak bertukar kepada BN pula pada 6 Februari 2009 yang lalu.
Nizar sendiri tidak pernah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak. DUN Perak juga tidak dibubarkan atas perkenan Sultan Azlan Shah. Jadi mana mungkin beliau dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar?.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: BN, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, disingkirkan, hilang kepercayaan, Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas, Nizar tidak meletak jawatan, Speaker DUN Perak, Sultan Azlan Shah, Tan Sri Abdul Gani Patail, tiada pembubaran DUN Perak, tiada undi tidak percaya, tidak dipecat, Undang-undang Tubuh Negeri Perak |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7