29 Mei, 2009 10:42 PM
Undi pos untuk pilihan raya kecil DUN Penanti berlangsung hari ini dengan 20 orang anggota polis dari kawasan itu mengundi lebih awal kerana desakan tugas.
Bilik undi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai tengah di Pulau Pinang dibuka jam 8.30 pagi.
Tepat jam 9.15 pagi seorang angota polis berpangkat Lans Koperal membuang undi pertama, diikuti anggota polis wanita iaitu Lans Koperal Asiah binti Hashim yang bertugas di balai polis Kubang Semang.
Sejurus selepas itu, calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman hadir bersama beberapa penyokong bagi memantau proses pembuangan undi pos.
Mansor berkata beliau berpuas hati dengan kempennya untuk mengekalkan kerusi Penanti dan menaruh kepercayaan penuh dengan kebijaksanaan pengundi untuk membuat keputusan tepat.
Seramai 23 orang berdaftar sebagai pengundi pos DUN Penanti. Lebih 15,000 pengundi lain didaftarkan untuk mengundi Ahad ini.
Mansor mengadapi saingan tiga calon bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris.
UMNO-Barisan Nasional tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada kesemua empat pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Aminah Abdullah, Barisan Nasional, Dr Mansor Othman, DUN Penanti, Kamarul Ramizu Idris, Nai Khan Ari, Parti KeADILan Rakyat, Penanti, pilihan raya kecil DUN Penanti, PKR, UMNO |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
28 Mei, 2009 7:00 PM
Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai. Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.
Pilihan raya ini diadakan berikutan kekosongan kerusi berkenaan apabila penyandangnya Ismail Yaakob meninggal dunia, akibat sakit jantung, 22 Mei lalu.
Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan Parlimen Kuala Krai. SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: DUN Manek Urai, Manek Urai, Parlimen Kuala Krai, pilihan raya kecil DUN Manek Urai, SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
27 Mei, 2009 4:35 PM
Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin mencabar “Menteri Besar Mahkamah”, Dr Zambry Abd Kadir supaya mengadap Sultan dan memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau benar-benar anak jantan dan tidak bersembunyi di belakang pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramah dan taklimat yang diadakan di Wisma DAP malam semalam.
Nizar berkata beliau tidak menyalahkan pihak keselamatan kerana sedar mereka digunakan oleh Barisan Nasional untuk melakukan penindasan terhadap rakyat.
Tambah beliau lagi setiap kali pilihan raya kecil diadakan UMNO dan BN akan mengarahkan pihak keselamatan berkampung di kawasan tersebut sama ada di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bukit Selambau.
Tetapi peliknya apabila BN tidak bertanding di Penanti ternyata tidak ada polis di situ dan ini membuktikan pihak polis bekerja untuk UMNO dan BN.
“Ini jelas menunjukkan wang rakyat dihabiskan untuk BN bukannya untuk menjaga rakyat dan ketenteraman awam.” Nizar berkata.
BN cukup cemburu dengan gabungan kemas dan mantap Pakatan Rakyat dan ia tidak sanggup melihat gagasan tersebut diterima oleh rakyat Perak.
“Di Perak sebelum ini kita tidak pernah nikmati perpaduan dan keharmonian antara bangsa-bangsa yang ada di Perak, namun dalam masa Pakatan Rakyat memerintah kita berjaya lahirkan masyarakat Perak yang saling menghormati, bertoleransi antara satu sama lain.
“Kita mahukan cucu cicit kita pada masa akan datang saling menghormati antara bangsa yang ada. Itulah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika ini berterusan maka tidak ada peluang lagi bagi mereka.” kata Menteri Besar lagi.
Tambah Nizar mahkamah rakyat adalah ruang yang terbaik untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Majlis tersebut yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming juga turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak.
Sebelum itu polis menahan 2 orang di luar Wisma DAP kerana dipercayai ingin hadir ke majlis yang diadakan semalam.
Seorang daripada yang ditahan adalah ahli Majlis perbandaran Taiping, Simon Uthaya Kumar a/l Sellaiyah sementara seorang lagi dikenali sebagai Haridats. Difahamkan mereka berdua telah dibawa ke balai polis yang berdekatan untuk disoal siasat. TVAntara
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Barisan Nasional, BN, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Chong Eng, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Jeff Ooi, Kuala Terengganu, Menteri Besar Mahkamah, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Pakatan Rakyat, Penanti, Permatang Pauh, PR, UMNO, Wisma DAP |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
26 Mei, 2009 7:46 PM
Tiada mogok lapar dalam perspektif perjuangan Islam, sebaliknya manusia disunatkan berpuasa dan bermunajat kepada Allah supaya setiap urusan menjadi ibadah. Mogok lapar adalah suatu bentuk penyeksaan terhadap diri yang ditentang Islam dan tidak pernah dituntut dalam agama.
Sebaliknya, dalam perjuangan Islam, penganutnya perlu menjadikan perjuangan dan urusan sebagai ibadah sambil merujuk kepada amalan puasa dan berdoa.
Sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula hari ini bagi menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Mogok berkenaan akan diadakan di Wisma DAP yang terletak berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan DUN.
Sementara itu Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengajak seluruh ahli PAS untuk bersama-sama berpuasa sunat selama tiga hari bagi menunjukkan sokongan kepada usaha PR.
Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar berkata orang Islam digalakkan berpuasa sunat pada awal setiap bulan dan hari ini adalah 1 Jamadilakhir 1430 Hijrah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya rasional majlis mogok lapar pemimpin Pakatan Rakyat yang bermula hari ini.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Bangunan Perak Darul Ridzuan, DAP, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, mogok lapar, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat, PR, puasa sunat, Wisma DAP |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
20 Mei, 2009 7:42 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik semula kebenaran mendirikan pondok panas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hujung bulan ini.
Sebelum ini, SPR melarang parti-parti politik yang bertanding membina pondok panas di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi tetapi larangan itu ditarik semula selepas Pakatan Rakyat menemui SPR baru-baru ini.
Apa kena dengan SPR ni? Awalnya diberitakan pondok panas tidak boleh didirikan, tetapi apabila pihak BN mengumumkan bahawa parti mereka tidak bertanding, SPR membuat satu pusingan U dengan membenarkannya semula.
Ia seolah-olah SPR tidak bebas dan lebih cenderung untuk menjaga kepentingan BN semata-mata bukannya menjaga kepentingan utama pengundi yang terdiri daripada rakyat! Ini merupakan tindakan yang tidak professional daripada sebuah suruhanjaya yang sepatutnya cekap dan telus, bersesuaian dengan motto organisasi mereka.
Jika BN bertanding pondok panas tidak dibenarkan, tetapi apabila BN tidak bertanding pondok panas boleh dibina. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh pula. Pendirian tak tetap macam budak-budak. Hai…bilalah agaknya SPR akan disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia?
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: BN, DUN Penanti, N12 Penanti, Pakatan Rakyat, Penanti, pilihan raya kecil DUN Penanti, pondok panas, SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
20 Mei, 2009 7:07 PM
Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Razali Ibrahim meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlakunya politik wang dalam PAS menjelang Muktamar ke-55 parti itu bulan depan.
Alahai, apalah yang disibukkan sangat oleh Dato’ Razali ini. Kenapa sibuk menjaga parti orang lain sedangkan parti sendiri pun pincang? Mengapa meminta SPRM siasat PAS sedangkan anda sendiri tidak berani bersuara agar SPRM menyiasat gejala politik wang di dalam UMNO sahaja?
Adakah anda bersuara kerana menyedari keburukan rasuah di dalam kelompok masyarakat atau anda bertindak mewakili arahan pihak-pihak tertentu di dalam UMNO? Adakah ini salah satu cara untuk menunjukkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO bahawa anda begitu prihatin dan memang melakukan kerja? Lebih baik Dato’ tumpukan dulu kepada gerak kerja parti UMNO sahaja terutama sekali Pergerakan Pemuda UMNO.
Inilah masanya untuk membalas kepercayaan ahli-ahli perwakilan UMNO tempoh hari yang memberi kepercayaan dan mengundi anda tetapi bukannya untuk membodek kepimpinan tertinggi parti dengan menyerang parti-parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Dato' Razali Ibrahim, Pakatan Rakyat, PAS, Pergerakan Pemuda UMNO, politik wang, SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, UMNO |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
19 Mei, 2009 8:32 PM
Dewan Tertinggi BN semalam melantik Timbalan Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Ketua Penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.
Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan jawatan baru yang diperkenalkan untuk memfokus terhadap negeri-negeri yang bukan diperintah oleh BN.
Sementara itu, Presiden MCA, Dato’ Seri Ong Tee Keat berkata, beliau pernah dua kali mencadangkan Chua dilantik memegang jawatan tersebut. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa pelantikan itu bertujuan untuk meredakan rasa tidak puas hati Chua yang dilihat dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti.
Sebaliknya, Ong menyifatkan tanggapan bahawa Chua dipinggirkan sebagai satu spekulasi semata-mata.
Penulis berpendapat bahawa jawatan yang diberikan kepada Dr Chua hanya sebagai orang nombor dua sahaja. Ini adalah disebabkan bahawa Pengerusi BN bagi negeri Kedah disandang oleh Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, Pulau Pinang diterajui oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Perak diketuai oleh Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Selangor dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Kelantan Dato’ Mustapa Mohamed.
Jadi, apa fungsi sebenar Ketua Penyelaras BN bagi tiap-tiap satu negeri tersebut? Adakah beliau bertindak sebagai panglima perang manakala Pengerusi BN negeri hanya bertindak sebagai ketua yang mengarahkan orang lain bekerja?
Jika Dr Chua berjaya menawan kembali negeri-negeri tersebut, beliau akan dipuji tetapi jika beliau gagal menjalankan tanggungjawab, mungkin ada hukuman yang bakal menanti.
Beliau dijangka tidak mampu untuk mengembalikan semula negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan rakyat kepada BN. Adakah ahli-ahli MCA atau BN yang sudi memberi pertolongan kepada beliau nanti? Beliau akan melalui jalan yang penuh liku dalam melaksanakan misinya.
Mungkinkah ini salah satu cara untuk menyingkirkan beliau daripada parti dan juga kerajaan? Sejak akhir-akhir ini, beliau telah meluahkan rasa bahawa DUN Perak perlu dibubarkan. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Dato’ Husam Musa yang dilihat telah membelakangkan kepentingan parti MCA dan BN.
Jika semua perkara tidak lagi berpihak kepada dirinya, ke manakah hala tuju perjuangan beliau dalam arena politik nanti? Mungkinkah beliau akan menyertai salah satu parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat? Hanya beliau sahaja yang mempunyai jawapannya.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: BN, Dato' Husam Musa, Dato' Mustapa Mohamed, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal, Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Ong Tee Keat, Dewan Tertinggi BN, Ketua Penyelaras BN, MCA, Pakatan Rakyat, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
19 Mei, 2009 6:53 PM
Menurut Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora, empat borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sudah dijual.
Sejak SPR mengumumkan kekosongan kerusi itu berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dariapda Parti KeADILan Rakyat (PKR) baru-baru ini, empat individu telah datang ke pejabat SPR di Komtar untuk membeli borang berharga RM20 itu.
Sehingga ke hari ini, sudah tiga orang calon yang dikenal pasti akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Mereka ialah Dr Mansor Othman dari PKR, Aminah Abdullah (Bebas) dan Mohd Saberi Othman (Bebas). Ini bermakna tinggal seorang sahaja lagi calon yang belum muncul untuk memperkenalkan dirinya. Adakah beliau akan mengumumkan pencalonannya ataupun tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Penanti akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 23/05/2009 manakala hari mengundi telah ditetapkan oleh SPR pada hari Ahad 31/05/2009 nanti.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Aminah Abdullah, Dr Mansor Othman, DUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin, Mohd Saberi Othman, Morat Pora, N12 Penanti, Parti KeADILan Rakyat, Penanti, pilihan raya kecil DUN Penanti, PKR, SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
18 Mei, 2009 7:05 PM
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang dijadual 31 Mei ini.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti KeADILan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April 2009 yang lalu.
PKR telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56. Selain PKR, calon Bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Najib bagaimanapun sebelum ini pernah membayangkan bahawa BN mungkin tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti yang dijadual pada 31 Mei ini.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Aminah Abdulah, Barisan Nasional, BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, Dewan Tertinggi BN, Dr Mansor Othman, DUN Penanti, Menara Dato' Onn, Mohammad Fairus Khairuddin, N12 Penanti, Parti KeADILan Rakyat, Penanti, pilihan raya kecil DUN Penanti, PKR, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
16 Mei, 2009 1:43 PM
Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan. “Kita sedia berdepan dengan rakyat,” katanya.
Baguslah jika begitu. Jadi tunggu apa lagi Najib, bubarkanlah sahaja DUN Perak kenapa perlu dilengah-lengahkan pula? Jangan jadi umpama menanam tebu di tepi bibir sahaja.
Bukankah Sultan akan memberikan perkenan pembubaran DUN atas nasihat seorang Menteri Besar (MB)? Jika MB tidak menasihati Sultan, mana mungkin Sultan boleh membuat keputusan sendiri kerana seorang Sultan berada di atas politik.
Kenapa menggunakan nama Sultan untuk tidak membubarkan DUN Perak? Jika Najib benar-benar ikhlas, suruh Zambry menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan Baginda agar pembubaran DUN boleh dilakukan.
Mari kita tunggu sama ada Najib dan Zambry berani atau tidak memohon perkenan daripada Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN Perak.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Barisan Nasional, BN tidak gentar, bubarkan DUN Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Seri Najib Tun Razak, Sultan Azlan Shah, Sultan berada di atas politik |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7