9 April, 2009 8:03 PM

Parti KeADILan Rakyat
Kemenangan pada pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah membuktikan Pakatan Rakyat (PR) sememangnya diterima rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman berkata, ini turut membuktikan rakyat telah menolak UMNO.
Menurutnya, pilihan raya kecil ini menjadi bukti dan rakyat telah menyuarakan apa yang mereka inginkan melalui undian.
“Dari awal lagi kita menjangka PR akan menang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
“Kemenangan PAS di Bukit Gantang juga telah dijangka dari awal lagi kerana yakin dengan penyokong di sana,” katanya.
Menurutnya, ini adalah satu isyarat bahawa PR akan terus menerajui politik Malaysia pada masa hadapan.
Walaupun ramai calon bebas turut bertanding namun calon PR tetap mendapat undian lebih dan telah membawa kemenangan kepada PR.
“Jentera PR yang saling bekerjasama dan telus menjalankan tugas ketika pilihan raya juga banyak membantu kemenangan ini,” katanya.
Ditanya mengenai berkemungkinan pilihan raya kecil Penanti akan diadakan, beliau menyambut baik perkara itu.
Menurutnya, PR tidak perlu risau jika pilihan raya kecil Penanti akan berlaku kerana percaya kepada kemahuan rakyat. Sinar Harian Edisi Utara
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Pakatan Rakyat, PR, P059, Bukit Gantang, N25, Bukit Selambau, P059 Bukit Gantang, N25 Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, rakyat menerima Pakatan Rakyat, ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman, rakyat telah menolak UMNO, rakyat bersuara melalui undi pilihan raya, jangka menang di Bukit Gantang, jangka menang di Bukit Selambau, PR akan terajui politik Malaysia, pilihan raya kecil DUN Penanti, PR tidak perlu risau sokongan rakyat |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
9 April, 2009 7:35 PM

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak melaksanakan enam langkah pembaharuan baru dalam tujuan menggerakkan konsep ‘One Malaysia, People First and Performance Now’.
Menurutnya, enam langkah pembaharuan ini dicadangkannya berikutan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
“Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan pihaknya akan mengadakan post mortem dalam mengkaji bagaimana PR dapat peningkatan dalam undi majoriti.
“Saya berpendapat daripada membuat post mortem berhubung kegagalan, seeloknya mereka melaksanakan enam langkah pembaharuan ini demi kejayaan konsep ‘Satu Malaysia’ yang diasaskan Najib,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dihantar kepada media, semalam.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, langkah pembaharuan pertama yang perlu diterapkan Najib ialah membubarkan parti berasaskan kaum yang terdapat dalam Barisan Nasional (BN) yang mana UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC bagi orang India.
“Beliau juga perlu menghapuskan Akta ISA daripada mengkajinya semula serta membebaskan tahanan ISA tanpa bersyarat.
“Najib juga perlu menghapuskan Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar dalam menyokong kebebasan akhbar dan memberi peluang kepada rakyat negeri ini dalam mengetahui maklumat yang bebas,” katanya.
Guan Eng berkata, Najib juga perlu menunjukkan kesungguhan dalam memerangi amalan rasuah serta mengamalkan sistem tender terbuka yang memberi peluang kepada semua syarikat.
“Langkah yang kelima ialah membantu rakyat negara ini dengan mengurangkan tarif bekalan elektrik, memberhentikan subsidi gas kepada syarikat persendirian serta menghentikan kenaikan bayaran tol melalui pembelian syarikat konsesi lebuh raya.
“Langkah terakhir yang perlu dilaksanakannya ialah memulangkan balik kuasa kepada rakyat dalam memilih pemimpin dengan memberi kebenaran kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya. Sinar Harian Edisi Utara
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: amalkan sistem tender terbuka, bantu kurangkan beban rakyat, Barisan Nasional, bebaskan tahanan ISA tanpa syarat, berikan subsidi gas, bersungguh perangi amalan rasuah, BN, BN ingin lakukan post mortem kekalahan, bubarkan DUN Perak, bubarkan parti berasaskan kaum, Dato’ Seri Najib Tun Razak, hapuskan Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, hapuskan akta ISA, hentikan kenaikan tol, Ketua Menteri Pulau Pinang, kurangkan tarif bekalan elektrik, laksanakan enam langkah pembaharuan, Lim Guan Eng, MCA, memulangkan balik kuasa kepada rakyat dalam memilih pemimpin, menyokong kebebasan akhbar, MIC, Pakatan Rakyat, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PR, Satu Malaysia, Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu buat post mortem kekalahan, UMNO |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
9 April, 2009 7:15 PM

Nga Kor Ming
Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak diminta untuk mendengar rayuan 2.4 juta penduduk Perak agar diberikan hak mereka untuk memilih kerajaan mereka sendiri.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang hadir dalam satu sidang media di Wisma DAP di sini semalam berkata, kegagalan BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menunjukkan kehendak rakyat yang mahukan kuasa pemilihan dikembalikan semula ke tangan mereka.
“Kejayaan yang dicapai di kedua-dua kawasan itu menunjukkan kejayaan paling besar yang pernah dicapai oleh Pakatan Rakyat (PR). “Untuk kejayaan ini kami harus mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pengundi di dua-dua kawasan itu. Kami tabik dengan pengundi di sana,” katanya.
Manakala Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berpendapat bahawa pengundi di kedua-dua kawasan itu harus diberikan pujian kerana berani untuk mencari perubahan.
Menurutnya, walaupun pihak BN memberikan pelbagai inisiatif seperti barangan dan wang tetapi pengundi kini telah celik dan menolak kepimpinan yang diumpamakan seperti ‘biskut’ iaitu hanya nampak muka semasa pilihan raya.
“Saya sendiri melihat bagaimana seorang pemimpin MIC cuba menyogok pengundi India di sebuah estet termasuk di estet Alagar di Bukit Gantang.
“Mereka diberikan hamper bernilai RM200, beras, minyak masak, tepung, basikal dan sebagainya. “Persoalannya kenapa baru kini hendak beri sumbangan kenapa tidak dari dahulu,” katanya. Beliau berkata, rakyat bukan sahaja tidak terpedaya dengan helah ini BN malah mereka gembira dengan cara pemerintahan PR selama 10 bulan. Sinar Harian Edisi Perak
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Ahli Parlimen Ipoh Barat, Ahli Parlimen Taiping, Barisan Nasional, BN, BN beri bantuan waktu pilihan raya, BN gagal tawan dua bukit, BN guna helah, Bukit Gantang, Dato’ Seri Najib Tun Razak, DUN Bukit Selambau, estet Alagar, M Kulasegaran, N25, N25 Bukit Selambau, Nga Kor Ming, P059, P059 Bukit Gantang, Pakatan Rakyat, Parlimen Bukit Gantang, pengundi sudah bijak, pengundi sudah celik mata, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PR, rakyat berani membuat perubahan, rakyat tidak mudah terpedaya, Wisma DAP Perak |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
9 April, 2009 6:59 PM

PAS berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang
Kemenangan calon PAS, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sudah dijangka sejak awal lagi.
Ketua Wanita Parti KeADILan Rakyat (PKR) Tanjung Malim, Suraya Sulaiman berkata, kemenangan Nizar memang sudah dijangka oleh penyokong beliau.
Menurutnya, kemenangan ini jelas menunjukkan apa sebenarnya yang diinginkan rakyat yang inginkan pembaharuan dalam pentadbiran.
“Dengan kemenangan Dato’ Seri Mohammmad Nizar di Parlimen Bukit Gantang menunjukkan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kepada beliau selama ini.
“Beliau boleh membawa masalah rakyat ke Parlimen dengan kejayaannya menduduki kerusi Parlimen dan seterusnya mampu menyelesaikan masalah rakyat Perak selama ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Suraya, rakyat Perak tidak perlu berasa rugi walaupun Nizar sudah tidak menjadi Menteri Besar lagi.
“Rakyat Perak tidak perlu berasa rugi lagi kerana kejayaan Nizar di kerusi Parlimen mampu membuatkan masalah rakyat setempat dibawa terus ke pengetahuan di Parlimen.
“Walaupun tidak lagi menjadi MB tetapi masalah rakyat boleh diselesaikan dengan suara yang akan beliau bawa di Parlimen nanti,” katanya.
Menurutnya, kejayaan Nizar juga bukanlah disebabkan undi simpati masyarakat.
“Rakyat sudah nampak dan jelas dengan apa yang berlaku di sekeliling dan masyarakat mahukan satu perubahan yang mampu membantu mereka semua.
“Nizar mampu membawa perubahan kepada rakyat dan disebabkan itulah beliau dipilih rakyat, jelas kini apa yang sebenarnya diinginkan rakyat,” katanya.
Suraya juga menolak tanggapan Nizar tidak mampu menjaga dua kawasan jagaannya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
“Sedangkan PM mampu untuk menjaga satu Malaysia inikan pula dua kawasan kecil sahaja.
“Saya penuh yakin dengan kepimpinan Nizar yang mampu membawa arus perubahan kepada masyarakat di Perak kini,” katanya. Sinar Harian Edisi Perak
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ADUN Pasir Panjang, Ahli Parlimen Bukit Gantang, boleh membawa masalah rakyat ke Parlimen, Bukit Gantang, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, kemenangan Nizar sudah dijangka, Ketua Wanita PKR Tanjung Malim, Nizar mampu membawa perubahan kepada rakyat, Nizar menang bukan kerana undi simpati, Parlimen Bukit Gantang, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, rakyat inginkan pembaharuan, rakyat Perak tidak rugi, Suraya Sulaiman, yakin dengan kepimpinan Nizar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
9 April, 2009 6:43 PM

Lim Kit Siang
Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan kemenangan dalam kedua-dua kerusi di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikatakan sebagai tsunami politik kedua di negara ini dalam tempoh 13 bulan.
Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang berkata, keputusan di kedua-dua ‘bukit’ itu juga menunjukkan rakyat menolak pelantikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.
“Peningkatan dalam majoriti undi yang diperoleh calon PR juga mengesahkan apa yang berlaku pada 8 Mac tahun lalu bukanlah satu kebetulan.
“Tetapi Barisan Nasional (BN) masih gagal untuk memahami mesej yang cuba disampaikan oleh rakyat ini malah merampas Perak tanpa proses demokrasi dan tidak beretika dua bulan lalu.
“Jika mereka (BN) mendapat mesej yang disampaikan itu, kejadian rampasan di Perak tidak akan berlaku. “Kekalahan BN juga menunjukkan Najib telah mendapat dua undi ‘tidak percaya’ dalam tempoh empat hari pemerintahan sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini semalam.
Kit Siang berkata, antara sebab kekalahan BN di kedua-dua kawasan berkenaan ialah kerana rampasan kuasa di Perak, ketidakprihatinan Najib untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan beberapa isu termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia.
“Selain itu masyarakat juga menolak kehadiran bekas Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad dan era ‘Kemahathiran’. “Baru dua hari memimpin negara, sumbangan Perdana Menteri yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi diketepikan tetapi Perdana Menteri keempat pula yang diutamakan,” katanya.
Menurutnya, antara kegagalan Najib dalam tempoh empat hari pemerintahannya ialah kegagalan membebaskan tahanan ISA dengan serta merta dan kemenangan PR di dua ‘bukit’ yang mencatatkan peningkatan majoriti.
“Kegagalan terakhir beliau ialah tidak dapat mengumumkan barisan kabinetnya dalam masa yang dijanjikan.
“Beliau seharusnya memanggil persidangan Parlimen untuk memberikan peluang anggota membuang undi untuk tengok berapa orang yang tidak percaya terhadap pimpinannya seperti yang dilakukan oleh Tun Abdullah dan Tun Hussein Onn sebelum menerima jawatan tertinggi negara itu,” katanya.
Sementara itu, berkaitan kekalahan PR di Batang Ai, beliau menyatakan, keseluruhan pimpinan PR akan mencari jalan bagaimana untuk menyampaikan mesej kepada penduduk di Sabah dan Sarawak.
”Kami akan merancang strategi bagaimana untuk memastikan mesej sampai kepada pengundi di Sabah dan Sarawak. “Saya percaya penghuni kedua-dua negeri itu juga dahagakan pembaharuan selepas lebih 50 tahun ditindas,” katanya. Kit Siang ditemani oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. Sinar Harian Edisi Perak
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Ahli Parlimen Ipoh Barat, Ahli Parlimen Taiping, Barisan Nasional, BN, BN gagal memahami mesej rakyat, BN rampas kuasa kerajaan negeri Perak, cari jalan sampai mesej, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Seri Najib Tun Razak, DUN Bukit Selambau, gagal bebaskan tahanan ISA serta merta, kes pembunuhan wanita Mongolia, Lim Kit Siang, M Kulasegaran, Menteri Besar Perak, Najib dapat dua undi tidak percaya, Najib tidak membersihkan namanya, Nga Kor Ming, Pakatan Rakyat, Parlimen Bukit Gantang, Penasihat DAP, pilihan raya kecil DUN Batang Ai, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PR, rakyat menolak perlantikan Dr Zambry, rakyat menolak perlantikan Najib, rakyat tolak kehadiran Tun Dr Mahathir, sumbangan Pak Lah dilupakan, tidak beretika, tidak dapat mengumumkan barisan kabinet dengan segera, tidak demokrasi, tsunami politik kedua, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, undi majoriti PR meningkat, undi tidak percaya |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
9 April, 2009 3:52 PM

Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda UMNO yang baru memenangi jawatan tersebut dalam PAU 2009 yang berakhir 28 Mac 2009 lalu, Khairy Jamaluddin tidak dilantik langsung menganggotai Kabinet Malaysia yang baru di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Sedangkan calon yang bertanding bagi merebut jawatan tersebut, Dato’ Mukhriz Mahathir pula dilantik menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Menteri di Kementerian tersebut ialah Dato’ Mustapa Mohamed.
Nampak gayanya, Najib benar-benar membuat perubahan dalam barisan kepimpinan yang diterajuinya. Ini bermakna jawatan Ketua Pemuda UMNO bukan tiket untuk dilantik menjadi anggota Kabinet beliau!.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Ahli Parlimen Rembau, barisan Kabinet Malaysia yang baru, barisan Kabinet Najib, Dato' Mukhriz Mahathir, Dato' Mustapa Mohamed, jawatan bukan tiket dilantik menganggotai Kabinet Malaysia, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri, Najib buat perubahan dalam pentadbiran |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7