8 April, 2009 7:49 PM

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat tangan kepada para penyokong beliau selepas diumumkan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Kemenangan Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di kerusi Parlimen Bukit Gantang semalam, dipercayai bukanlah kerana faktor undi simpati semata-mata. Walaupun Musyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tersebut, hakikatnya PAS itu sendiri semakin diterima oleh rakyat bukan Islam.
Namun, apa pun punca kemenangan PAS khasnya di Bukit Gantang, ia membayangkan penerimaan kebanyakan rakyat terhadap PAS yang memperjuangkan konsep PAS Untuk Semua dan tidak terhad kepada orang Melayu semata-mata.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menang bukan kerana faktor undi simpati, Musyidul Am PAS, P059, P059 Bukit Gantang, PAS semakin diterima oleh rakyat bukan Islam, PAS Untuk Semua, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, tidak terhad kepada orang Melayu |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
8 April, 2009 7:12 PM

MENANG...Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengangkat tangan calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) S Manikumar apabila tiba di pusat penjumlahan undi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik 1 semalam. Foto BERNAMA.
ADUN Bukit Selambau yang baru, S Manikumar akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada hari Isnin depan, 13 April 2009 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Manikumar juga akan mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN Kedah, Dato’ Dr Abd Isa Ismail di Dewan Undangan Negeri pada 19 April nanti. Berita ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Kedah sendiri, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah pagi tadi.
S Manikumar, 35 tahun akan memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Koperasi, Perpaduan Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India yang pernah dipegang oleh penyandangnya V Arumugam apabila melepaskan jawatan berkenaan pada 8 Februari lalu.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: ADUN Bukit Selambau, akan mengangkat sumpah sebagai ADUN, akan mengangkat sumpah sebagai EXCO, Alor Setar, bakal memegang portfolio V Arumugam, dapat perkenan Sultan Kedah, Dato’ Dr Abd Isa Ismail, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak, Istana Anak Bukit, Kedah, Menteri Besar Kedah, S Manikumar, Speaker DUN Kedah, V. Arumugam |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
8 April, 2009 5:59 PM

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, S Manikumar dan Malcolm Mussen Lamoh merupakan 3 orang calon yang menang dalam pilihan raya kecil di 3 buah kawasan yang dijalankan serentak pada 7 April 2009 yang lalu.
Parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS dan PKR masing-masing mencatatkan kemenangan dalam pilihan raya kecil di P059 Parlimen Bukit Gantang dan N25 DUN Bukit Selambau malam semalam.
Calon PR dari PAS, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, memperolehi undi sebanyak 21,860 manakala calon BN, Ismail Safian pula hanya mendapat sejumlah 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya berjaya mengumpul sebanyak 62 undi sahaja. Oleh yang demikian, Dato’ Seri Nizar telah diisytiharkan memenangi kerusi panas tersebut dengan majoriti 2,789 undi.
Di kawasan N25 DUN Bukit Selambau, Kedah pula, calon PKR yang merupakan seorang ahli perniagaan S Manikumar, telah menewaskan 14 orang pesaingnya dalam perebutan kerusi yang telah ditandingi sebanyak 15 orang calon. Pilihan raya kecil di kawasan tersebut telah mencatatkan sejarah baru dalam arena politik di Malaysia kerana ianya telah ditandingi oleh lebih daripada 2 orang calon sebagaimana kebiasaannya. Sejarah kedua juga dicipta apabila semua 13 orang calon Bebas hilang wang deposit sebanyak RM8,000 setiap seorang iaitu RM5,000 merupakan deposit sebagai calon bagi kerusi DUN manakala RM3,000 lagi adalah deposit untuk poster. S Manikumar (12,632 undi), telah berjaya mengatasi pesaing terdekat beliau iaitu Dato’ S Ganesan (10,229 undi) yang mewakili BN dengan majoriti 2,403 undi.
PR gagal melakukan kemenangan bersih dengan keputusan 3-0, kerana calon mereka Jawah Gerang dari PKR kalah kepada calon BN, Malcolm Mussen Lamoh. Jawah memperolehi 2,053 undi tetapi Malcolm pula mendapat 3,907 undi. Kedua-dua calon itu dipisahkan dengan 1,854 undi majoriti bagi menentukan siapa yang lebih layak menjadi ADUN Batang Ai.
Walaupun PR hanya berjaya mencatatkan keputusan 2-1 dalam ketiga-tiga pilihan raya yang telah dijalankan dengan serentak, keputusan yang diperolehi telah membuktikan bahawa angin perubahan telah melanda kebanyakan rakyat di Semenanjung Malaysia sejak PRU12 pada tahun 2008 yang lalu. Momentum tersebut masih dapat dikekalkan sehingga hari semalam dan mungkin juga pada masa akan datang.
Satu perkara yang perlu diambil berat oleh PR ialah melakukan gerak kerja dan berusaha lebih kuat untuk menarik sokongan rakyat di Sarawak dan Sabah agar mengalihkan sokongan mereka daripada BN. Jika ia boleh dilaksanakan, sudah pasti PR dapat memerintah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dengan majoriti 2/3 tanpa perlunya sejumlah Ahli Parlimen atau ADUN melompat ke arah kita untuk membentuk kerajaan yang stabil dan kuat.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: angin perubahan, Barisan Nasional, bebas, BN, Bukit Gantang, Dato' S Ganesan, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, hilang wang deposit, Ismail Safian, Jawah Gerang, Kamarul Ramizu Idris, Malcolm Mussen Lamoh, N25, N25 Bukit Selambau, N29, N29 Batang Ai, P059, P059 Bukit Gantang, Pakatan Rakyat, PAS, pilihan raya kecil DUN Batang Ai, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PKR, PR, S Manikumar |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7