4 April, 2009 4:16 PM

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memberi kebenaran kepada Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mencabar kesahihan pelantikan Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.
Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim telah membuat keputusan bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.
Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah cuma mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak sahaja.
Peguambela Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa Sultan.
Hakim Abdul Aziz juga bersetuju dengan hujahan Sulaiman bahawa Mohammad Nizar, dalam permohonannya juga menyebut tentang quo warranto (cara mana) bagi Zambry menunjukkan sebab di bawah kuasa mana beliau (Zambry) dilantik menjadi Menteri Besar yang sah.
Jelas di sini bahawa, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjunjung tinggi kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu amnya, terutama sekali kepada Paduka Seri Sultan Azlan Shah selaku Sultan Perak khasnya. Beliau langsung tidak menyebut tentang nama Baginda dalam afidavit tuntutannya di mahkamah.
Dato’ Seri Nizar ternyata tidak menderhaka seperti yang dilaung-laungkan oleh ahli-ahli UMNO dan BN di dalam media-media massa kawalan mereka. Semoga keputusan Mahkamah Tinggi KL ini menjadi pemangkin kepada pendokong PR untuk menepis segala tohmahan buruk kepada calon kita yang akan bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gantang.
Beritahu kepada semua pengundi Bukit Gantang bahawa Dato’ Seri Nizar adalah calon terbaik yang mewakili semua kaum bagi membawa suara mereka di Parlimen nanti. KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT!
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: ada kes prima facie, Bukit Gantang, cabar kesahihan pelantikan, dapat tepis tohmahan buruk, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato’ Seri Nizar adalah calon terbaik, Dato’ Seri Nizar ternyata tidak menderhaka, Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menjunjung tinggi kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, Menteri Besar Perak, P059, P059 Bukit Gantang, Parlimen Bukit Gantang, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, quo warranto, soal derhaka kepada Sultan tidak timbul, Sulaiman Abdullah, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, tidak pernah mempersoalkan kuasa Sultan, tidak sebut nama Sultan dalam afidavit mahkamah |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
4 April, 2009 2:02 PM

Dato' Ibrahim Ali
Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri mengesahkan bahawa mereka telah menyertai semula UMNO pada hari ini, pasti kita akan tertanya-tanya, siapa pula yang akan mengikut jejak langkah pasangan tersebut selepas ini?.
Yang pasti, anak mereka Dato’ Mokhzani juga akan menghantar permohonan untuk menyertai semula UMNO Bahagian Merbok. Adalah dipercayai bahawa Tan Sri Sanusi Junid dan Dato’ Ibrahim Ali juga akan mengikut jejak langkah mentor mereka. Dato’ Ibrahim Ali pernah dikhabarkan sebagai seorang pengikut yang setia kepada seorang ketua, siapa lagi jika bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi, apakah pendirian Dato’ Ibrahim Ali selepas mengetahui bahawa mentor beliau telah menyertai UMNO semula? Adakah Dato’ Ibrahim Ali akan menyerahkan borang keahlian UMNO sedikit masa lagi?.
Kami pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat memohon agar Dato’ Ibrahim Ali menyatakan pendirian beliau sama ada akan menyertai UMNO atau kekal sebagai ahli parti Bebas?. Dato’ Ibrahim Ali patut memikirkan semasak-masaknya sebelum memberikan keputusan yang muktamad.
Jika beliau berhasrat untuk menyertai UMNO semula, beliau seharusnya merasa malu kepada Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kerana jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas adalah cadangan daripada Menteri Besar Kelantan itu sendiri. Tuan Guru Nik Aziz sanggup mengenepikan pandangan ahli-ahli PAS Pasir Mas kerana beranggapan bahawa Dato’ Ibrahim Ali seorang yang sudah berubah.
Apa lagi Dato’ Ibrahim, gendang sudah ada di tangan hanya menunggu masa sahaja untuk dipalu. Segera umumkan pendirian Dato’ untuk pengetahuan semua orang.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, Dato' Mokhzani Mahathir, Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, mengaku Ahli Parlimen Bebas, mengaku ahli parti Bebas, mengaku tidak berparti, Menteri Besar Kelantan, Mentor, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz anggap Ibrahim Ali sudah berubah, nyatakan pendirian sebenar, patut rasa malu, Tan Sri Sanusi Junid, Tuan Guru Nik Aziz, Tun Dr Mahathir Mohamad, UMNO Bahagian Merbok, umumkan pendirian segera |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
4 April, 2009 1:02 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan bersalaman dengan Dato' Seri Najib Tun Razak semasa menyerahkan borang keahlian UMNO pagi tadi. Beliau dan isteri menyertai UMNO semula mulai hari ini. Foto mStar Online.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO mulai hari ini, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Pagi tadi, Tun Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengunjungi Najib di kediaman rasminya di Sri Satria. Pasangan itu tiba pada jam 10 pagi tadi.
Tun Dr Mahathir pernah mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Setar pada 19 Mei 2008 atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Dato' Seri Najib Tun Razak, pernah hilang kepercayaan pada UMNO, pernah isytihar keluar dari UMNO, pernah umum keluar UMNO di Alor Setar, Sri Satria, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Mahathir sertai UMNO semula, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Dr Siti Hasmah sertai UMNO semula |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
4 April, 2009 12:55 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan penyertaannya semula dalam UMNO minggu hadapan. Ia turut diikuti dengan para penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula UMNO Bahagian Merbok.
Kenyataan tersebut telah diumumkan oleh Anggota Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong, dalam kawasan DUN Bukit Selambau semalam.
Ini bertepatan dengan kata-kata Tun Dr Mahathir sebelum ini, bahawa beliau akan menyertai UMNO semula apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjadi Presiden UMNO. Pendirian ini jelas menunjukkan bahawa beliau menyokong kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga MT UMNO yang baru dipilih dalam PAU 2008 yang baru sahaja berakhir pada hujung bulan Mac 2009 yang lalu.
Tetapi, keputusan beliau juga boleh dianggap sebagai tidak tetap pendirian kerana pada satu ketika beliau seakan kecewa dengan isu politik wang yang melanda UMNO, kecewa dengan kekalahan anaknya Mukhriz dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO kepada orang yang tidak disukai iaitu menantu kepada Pak Lah, Khairy Jamaluddin.
Jadi, apa rasionalnya Tun Dr Mahathir menyertai semula parti UMNO jika segelintir ahli dan pemimpin parti itu sendiri belum dibersihkan daripada masalah politik wang? Adakah Tun Dr Mahathir akan merasa gembira apabila masuk semula ke dalam UMNO? Adakah dengan penyertaan semula beliau dapat menghapuskan gejala yang semakin membarah itu? Tidak takutkah Tun Dr Mahathir bahawa diri beliau akan turut terpalit sama dalam kemelut yang melanda UMNO dan akan menjejaskan nama baik beliau sebagai seorang negarawan Malaysia yang disegani?
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri Tun. Fikir-fikirkan sebelum tersilap membuat keputusan.
1 Komen |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: akan sertai UMNO semula, Anggota Parlimen Jerlun, Bukit Selambau, dapatkah hapuskan isu politik wang, Dato' Mokhzani Mahathir, Dato’ Mukhriz Mahathir, Dato’ Seri Najib Tun Razak, DUN Bukit Selambau, isu politik wang, jejas nama baik, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengapa perlu sertai UMNO semula, N25 Bukit Selambau, negarawan yang disegani, sokong kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tasek Apong, tidak tetap pendirian, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, UMNO Bahagian Merbok |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
4 April, 2009 10:37 AM

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution bin Ismail.
Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melakukan pendedahan tergempar dalam satu ceramah di Bukit Selambau hari ini. Pendedahan itu berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, kata Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut semalam.
Pendedahan tersebut dijangka memberi tamparan hebat terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan. Ia berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh PKR berhubung pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam pada hari semalam.
Walaubagaimanapun, Saifuddin enggan mendedahkan butir-butir lanjut mengenai pendedahan tersebut. Beliau hanya menegaskan bahawa pengumuman Anwar hari ini “satu pendedahan yang amat besar”.
Rakyat di Bukit Selambau dan penduduk di sekitarnya, mahupun rakyat Malaysia keseluruhannya diminta bersabar dan dijangkakan akan menanti berita yang akan diumumkan dengan perasaan yang penuh debaran. Apakah berita besar tersebut? Entahlah…sama-samalah kita tunggu dan nantikannya.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Najib Tun Razak, DUN Bukit Selambau, Ketua Umum PKR, N25, N25 Bukit Selambau, pendedahan tergempar, Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Saifuddin enggan dedahkan terlebih dahulu, Saifuddin Nasution, satu pendedahan yang amat besar, tamparan hebat kepada BN |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7