Nurul Izzah Anwar hamil anak kedua

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengaku mabuk dan loya pada tiga bulan pertama apabila disahkan doktor hamil anak kedua.

Bagaimanapun ibu kepada seorang puteri, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir itu terpaksa menahan rasa mabuk dan menguatkan diri demi menjalankan tanggungjawab membela nasib rakyat.

“Ada rasa mabuk tetapi saya paksa tahan. Yang pertama (hamil anak pertama) dulu lagi teruk. Rasa mabuk dan loya itu dalam masa tiga bulan pertama mengandung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Ditanya perasaannya apabila disahkan hamil akhir tahun lalu, Nurul Izzah melahirkan rasa terkejut dan gembira sambil memanjatkan kesyukuran kepada Allah.

“Terkejut sebab saya memang tak jangka. Tanggungjawab sekarang berat dan pada saya, ia adalah satu anugerah daripada Allah yang memberi banyak hikmah dan keberkatan dalam usaha saya menggalas tanggungjawab baru sebagai Ahli Parlimen. Ia seolah-olah rahmat menjadi wakil rakyat.

“Saya akan cuba buat supaya ia (kehamilan) tidak menjadi halangan kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab selaku Ahli Parlimen. Kalau boleh saya akan pergi (turun padang), malam pun saya pergi,” katanya.

Anak sulung Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim ini wajar berasa terkejut kerana sebelum ini, beliau dan suami tercinta, Raja Ahmad Shahrir diuji selama lima tahun sebelum disahkan hamil anak pertama.

Nurul Izzah berkata, pihaknya akan memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilakukan dengan jayanya sebelum berehat panjang akhir Jun nanti.

“Doktor suruh ‘slow down’ akhir Jun nanti kerana tarikh dijangka bersalin adalah awal Julai. Saya akan mengambil cuti rehat tiga bulan.

“Tetapi dalam tempoh sebelum itu, saya akan pastikan segala program berjalan lancar. Semasa saya bercuti, kita ada biro kebajikan dan semua jawatankuasa bahagian penaja KeADILan (untuk memantau masalah di sini). Kita sudah rancang program hingga akhir tahun supaya ia tidak terjejas bila saya dah mula bercuti nanti,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian berpeluang mendapatkan reaksi suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berhubung kehamilan kedua isterinya itu.

“Ini semua kurniaan Tuhan. Syukur yang amat sangat. Kalau dulu, kami kena tunggu lama untuk dapatkan anak pertama.

“Sekarang dalam masa 2 tahun, dah ada dua orang anak.

“Keluarga kedua belah pihak pun rasa gembira dengan anugerah ini,” katanya. Sinar Harian

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: