30 Mac, 2009 9:58 PM

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya.
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama’iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.
Posted by Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
PerakDAILY.com
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: adegan ajaib, adegan kelakar, Bukit Gantang, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir berang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin relaks, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tersenyum, doa Qunut Nazilah, imamkan solat Maghrib, Ismail Safian, Masjid Simpang, P059, P059 Bukit Gantang, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Hj Hisham |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
26 Mac, 2009 7:14 PM

AnwarIbrahimClub.com
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mengutuk tindakan polis menyuraikan penyokong semasa ceramah Parti KeADILan Rakyat (PKR) di Sungai Petani Isnin lalu dan melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) PDRM sebagai bertindak zalim terhadap rakyat yang berhimpun secara aman.
Setiausaha Agung AIC, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap rakyat yang berhimpun secara aman bagi mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membunuh profesionalisme PDRM.
“Isu lapuk kononnya perhimpunan yang dianjurkan ini adalah haram dan mengganggu ketenteraman awam amatlah tidak boleh diterima pakai kerana selama ini belum pernah dilaporkan kes ceramah dan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat mengundang kontroversi atau sebarang salah laku pihak penganjur.
“AIC meminta pihak kerajaan dan PDRM agar tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap demokrasi di negara ini. Tindakan itu menampakkan kerajaan Barisan Nasional terlalu tertekan dan takut dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Saifuddin berkata, sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar dan insaf bahawa kekerasan dan paksaan tidak akan mengundang dan memenangi sokongan rakyat.
“Mereka harus tahu untuk berdiplomasi dan menerima kehendak rakyat dengan bertolak-ansur dan bukan menghalangnya. Mungkin rakyat lari bertempiaran tetapi adalah amat mustahil undi mereka juga akan lari kepada Barisan Nasional,” katanya.
Beliau berkata, majlis pada hari kejadian tersebut turut mengundang Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan amat menyedihkan apabila lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia water canon dihalakan kepada orang ramai.
“AIC mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis meluluskan permit-permit ceramah yang dimohon apatah lagi Malaysia di ambang demam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang serta Batang Ai.
“AIC juga menyeru agar sesiapa sahaja yang ditahan pada insiden malam tersebut diberi layanan yang adil dan hak-hak asasi mereka tidak diketepikan,” katanya. Sinar Harian
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: AIC, Batang Ai, beri layanan yang adil, BN harus insaf, BN harus sedar, BN ketakutan, BN tertekan, Bukit Gantang, Bukit Selambau, ceramah Ketua Umum PKR, ceramah Parti KeADILan Rakyat, ceramah PKR, ceramah tidak kontroversi, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, demam pilihan raya kecil, gas pemedih mata, ikut kehendak rakyat, isu lapuk, KDN, kekerasan dibenci rakyat, Kelab Anwar Ibrahim, Kementerian Dalam Negeri, kerajaan harus berdiplomasi, kerajaan perlu bertolak-ansur, kutuk tindakan polis, luluskan permit-permit ceramah, mengganggu ketenteraman awam, Menteri Besar Kedah, meriam air, PDRM, PDRM bertindak zalim, PDRM tidak profesional, pelihara hak-hak asasi tahanan, perhimpunan haram, rakyat berhimpun secara aman, rakyat inginkan perubahan, rakyat lari bertempiaran, Saifuddin Shafi Muhammad, semburan water canon, Setiausaha Agung AIC, Sungai Petani, tahanan dilayan dengan adil, tak nak BN, takut kebangkitan rakyat, tembakan gas pemedih mata, tidak bertindak sesuka hati |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
26 Mac, 2009 6:48 PM

Salahuddin Ayub
Peringatan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahukan perubahan dilakukan dalam parti untuk meneruskan survival UMNO dilihat satu gesaan yang sudah terlewat ibarat ‘hari yang sudah Maghrib’.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, masalah politik wang sama ada di peringkat akar umbi mahupun kepimpinan yang semakin menebal salah satu petanda bahawa kata dua ‘berubah atau rebah’ oleh Najib tidak akan mampu lagi untuk menyelamatkan UMNO.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, teriakan kepimpinan tertinggi UMNO itu juga membawa maksud yang kedudukan UMNO ketika ini cukup kritikal dan menanti masa untuk berkubur dan terus jauh daripada hati rakyat negara ini.
“Bagi PAS kita melihat situasi ini sebagai satu pengajaran bahawa elemen tidak baik seperti politik wang yang diamalkan UMNO akan merosakkan parti, jadi PAS tidak akan sekali-sekali terjebak dalam masalah seumpama itu walaupun kita sudah berkuasa.
“Ini kerana tidak kira apa parti sekalipun, politik kotor yang diamalkan sudah pasti akan menyebabkan parti itu rebah dan tidak mampu bangkit lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Najib kelmarin yang mahukan UMNO berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu.
Gesaan itu juga dilontarkan lantaran hala tuju UMNO yang menyimpang jauh daripada perjuangan asal dan masalah politik wang menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama UMNO menukar haluan mereka.
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Tian Chua menyifatkan laungan tersebut tidak akan mengubah ahli dan kepimpinan parti keluar daripada masalah politik wang.
Menurutnya, laungan yang sama pernah dibuat oleh bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu memimpin UMNO dahulu dan hingga ketika ini masalah politik wang dalam UMNO makin parah serta tidak menunjukkan petanda untuk dihapuskan.
“Sebagai orang biasa dari luar UMNO, saya melihat gesaan Najib tidak akan memberi kesan kepada UMNO.
“Bagaimanapun saya tidak mampu meramalkan sama ada parti ini akan rebah kerana di negara lain seperti Zimbabwe, parti yang mempunyai pelbagai salah laku dan ditolak rakyat masih membentuk kerajaan mereka,” katanya. Sinar Harian
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Ahli Parlimen Kubang Kerian, berubah atau rebah, cuba memenangi hati orang Melayu, cuba memenangi semula hati rakyat, gesaan yang sudah terlewat, hala tuju UMNO sudah menyimpang, isu politik wang, kedudukan UMNO kritikal, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ketua Penerangan PKR, lakukan perubahan dalam UMNO, laungan retorik, menanti masa untuk berkubur, parti boleh rebah, PAS tidak akan terjebak, peringatan Najib, politik wang, rakyat bertukar haluan, rasuah merosakkan parti, rasuah sukar dihapuskan, Salahuddin Ayub, satu pengajaran, terus jauh daripada hati rakyat Malaysia, teruskan survival UMNO, Tian Chua, tidak beri kesan kepada UMNO, UMNO, UMNO makin parah, UMNO tidak mampu diselamatkan lagi |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
26 Mac, 2009 6:29 PM

Dato' Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar BN Perak, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau tidak terkejut dengan pemilihan Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pakatan DAP-PAS-Parti KeADILan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Zambry berkata, Barisan Nasional (BN) akan menghadapi siapa jua yang dipertaruhkan oleh pembangkang kerana ia adalah pilihan parti berkenaan untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai calon.
“Pilihan itu adalah hak mereka. Nanti kita akan tengok pandangan rakyat terhadap pilihan mereka itu semasa pilihan raya nanti. Pilihan mereka itu tidak mengejutkan,” katanya.
Kerajaan Perak pimpinan pakatan DAP-PAS-PKR tumbang pada awal Februari lalu apabila tiga daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu dua anggota PKR dan seorang DAP keluar meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan BN.
Malam Isnin lalu, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada satu perhimpunan PAS di Taman Kota Jaya di Taiping, Perak.
BN telah menamakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang Ismail Saffian, 49, sebagai calon bagi kerusi itu.
Bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak.
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Barisan Nasional, berhak calonkan sesiapa sahaja, BN, Bukit Gantang, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, DAP, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, hadapi siapa jua, Menteri Besar BN Perak, P059, P059 Bukit Gantang, Pakatan Rakyat, Parti KeADILan Rakyat, PAS, pengukur senario politik negeri Perak, Perak, pilihan calon tidak mengejutkan, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PKR, PR, Presiden PAS, Simpang, Taiping, Taman Kota Jaya, tidak terkejut |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
25 Mac, 2009 8:01 PM

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Calon PAS, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepemimpinan PAS dan rakyat kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.
Sambil menyifatkan pemilihannya sebagai doa rakyat, beliau berkata, usaha PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR) menampakkan perkembangan positif ke arah beroleh kemenangan.
“Segala doa dan usaha rakyat sejak peristiwa peralihan kuasa daripada PR kepada Barisan Nasional (BN) bulan lalu telah menampakkan positifnya.
“Dengan ini, saya merakamkan penghargaan kepada PR dan PAS kerana memilih saya sebagai calon,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelmarin.
Menurut Mohammad Nizar, beliau akan memenuhi kehendak dan hasrat kerajaan rakyat serta segala janji dalam pilihan raya umum lalu.
Katanya, simpati dan sokongan pengundi Parlimen Bukit Gantang bermula daripada Kuala Sepetang, Trong, Changkat Jering dan kawasan berhampiran amat dialu-alukan.
“Setelah berhempas pulas naik dan turun mahkamah, mereka telah memberikan keputusan di mana juri menyokong PR. Oleh itu, 7 April ini akan diterjemahkan niat kemenangan dan inilah hadiah untuk seluruh rakyat Perak,” katanya. Sinar Harian Edisi Perak
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: akan penuhi janji kepada rakyat, akan penuhi kehendak rakyat, Barisan Nasional, BN, Bukit Gantang, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, Changkat Jering, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, diberi kepercayaan jadi calon, hadiah untuk seluruh rakyat Perak, juri menyokong PR, Kuala Sepetang, P059, P059 Bukit Gantang, Pakatan Rakyat, PAS, pemilihan diri sebagai doa rakyat, perkembangan positif, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PR, Presiden PAS, rakamkan penghargaan kepada PR dan PAS, rakyat menyokong PR, terima simpati dan sokongan pengundi, Trong |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
25 Mac, 2009 7:31 PM

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang adalah ujian besar bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk membuktikan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu.
Beliau menaruh keyakinan, PAS akan beroleh kemenangan dalam pertandingan pada 7 April ini berdasarkan calonnya seorang yang ternama, diterima dan disayangi rakyat.
Beliau berkata, pemilihan Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar sebagai calon kerusi Parlimen itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk kehendak rakyat.
“Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang ini adalah pilihan raya yang besar, bukan sahaja di Bukit Gantang, malah di Perak.
“Dia (Mohammad Nizar) akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian dan saya berharap pengundi membuat pilihan bijak dalam melaksanakan amanah mereka memilih pemimpin,” katanya selepas mengumumkan penamaan calon di sini, malam kelmarin.
Abdul Hadi berkata, masalah politik tidak boleh dipandang ringan apabila gejala rasuah semakin berleluasa dan paling berbahaya jika parti yang memerintah terkena penyakit rasuah.
Menurutnya, dalam Islam, rasuah adalah dosa besar yang dilaknati Allah dan ia terbukti apabila media mendedahkan gejala itu dalam kalangan ahli serta pemimpin politik.
Menurutnya, pilihan raya kali ini memberi makna yang sangat besar di mana rakyat akan menolak parti yang dihidapi rasuah dengan peralihan kepimpinan memerlukan pemimpin bersih.
“Apabila ada tuduhan, maka ada keraguan. Pemimpin perlu dibersihkan daripada tohmahan dan fitnah. Rakyat perlu memilih pemimpin yang bersih dan sebagai pengundi Bukit Gantang bukan sahaja memilih calon, tetapi menjadi penyampai risalah kepada rakyat.
“Beri kepercayaan kepada PAS untuk mewakili PR dan akan memberikan calon yang konsisten serta amanah supaya pengundi dapat memberikan penyambung itu,” katanya. Sinar Harian
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: ada tuduhan ada keraguan, beri kepercayaan kepada PAS, bukti penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, calon disayangi rakyat, calon diterima rakyat, calon ikut kehendak rakyat, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, calon seorang ternama, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dilaknati Allah, gejala rasuah semakin berleluasa, jangan pandang ringan, laksanakan amanah memilih pemimpin, masalah politik, parti yang memerintah terkena penyakit rasuah, pemimpin perlu bersih daripada fitnah, pemimpin perlu bersih daripada tohmahan, pengundi buat pilihan bijak, pengundi Bukit Gantang, pengundi jadi penyampai risalah kepada rakyat, pilih pemimpin bersih, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pilihan raya yang besar, PR beri calon konsisten dan amanah, Presiden PAS, rakyat tolak parti rasuah, rasuah adalah dosa besar, ujian besar bagi Pakatan Rakyat, yakin PAS menang |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
25 Mac, 2009 7:09 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan calon terbaik pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April depan.
Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan Mohammad Nizar berdasarkan pengalaman, pendidikan dan kesungguhan beliau semasa menjadi Menteri Besar sebelum ini sehingga menjadi lambang pembela nasib rakyat pelbagai kaum di Perak.
“Kalau dilihat secara objektif sambutan terhadap Nizar di Bukit Gantang terutamanya di Perak, perlu diakui bahawa beliau menonjol sebagai tokoh yang disenangi rakyat berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang bersih dan menjaga kepentingan orang Melayu, Cina, serta India di Perak.
“Kita dalam PKR telah mengerahkan seluruh kekuatan kita di Perak dan negeri berhampiran untuk membantu calon PAS dan insyaAllah Nizar akan menang di Bukit Gantang dengan undi yang lebih besar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, Perak, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, pemilihan Mohammad Nizar sebagai calon diputuskan selepas tinjauan terhadap rakyat Perak termasuklah di peringkat dalaman parti itu sendiri.
Beliau berkata, kemenangan PAS di Bukit Gantang amat penting untuk memberi satu nilai tambah yang lebih besar kepada parti itu selepas kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lalu.
“Situasi pilihan raya kecil kali ini ialah krisis politik yang berlaku di Perak, jadi krisis politik itu harus melibatkan orang yang berada dalam krisis itu sendiri supaya rakyat boleh membuat penilaian terhadap krisis ini.
“Kita rasa bahawa potensi untuk menang dengan satu kemenangan yang memberangsangkan itu ada pada Nizar,” katanya.
Mahfuz turut menafikan keputusan itu tidak direstui Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Koo Ham berkata, DAP menyokong siapa sahaja pilihan PAS tetapi pemilihan Mohammad Nizar merupakan calon paling tepat.
Menurutnya, pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan petunjuk penting adakah rakyat menerima tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengambil alih kerajaan PR tanpa mengikut lunas undang-udang.
“Oleh kerana Barisan Nasional takut untuk berhadapn dengan rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), pilihan raya kecil Bukit Gantang ini adalah peluang terbaik sebagai tanda protes kepada kerajaan BN di Perak,” katanya. Sinar Harian
Leave a Comment » |
Agama, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: ada potensi untuk menang, ADUN Pasir Panjang, bantu kempen Nizar, beri nilai tambah yang besar kepada PAS, Bukit Gantang, calon diputuskan melalui tinjauan, calon diputuskan melalui tinjauan dalaman PAS, calon diputuskan melalui tinjauan terhadap rakyat Perak, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, calon paling tepat, calon terbaik, DAP, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato’ Mahfuz Omar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, jaga kepentingan pelbagai kaum, jangka dapat undi yang besar, kemenangan Nizar penting, Ketua Penerangan PAS, krisis politik negeri Perak, lambang pembela nasib rakyat pelbagai kaum, nafi tidak dapat restu Mursyidul Am PAS, Ngeh Koo Ham, P059, P059 Bukit Gantang, Pakatan Rakyat, peluang terbaik rakyat Perak, Penasihat PKR, Perak, petunjuk daripada rakyat Perak, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, PR, Presiden PAS, rakyat buat penilaian, rekod perkhidmatan yang bersih, Simpang, Taiping, Taman Kota Jaya, tanda protes kepada kerajaan BN Perak, Timbalan Setiausaha Agung DAP, tokoh yang disenangi rakyat, yakin Nizar menang |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
24 Mac, 2009 8:22 PM

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham
Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham menyifatkan pencalonan Dato’ Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Bukit Gantang adalah tepat dan terbaik.
Demikian katanya, ketika mengadakan sidang media di Parlimen hari ini, mengenai penerimaan DAP terhadap calon PAS itu.
Beliau yakin Nizar akan mendapat undi di kalangan rakyat kerana ketokohan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu menerajui Perak dengan pentadbiran yang baik dan berkesan.
Selama menerajui Perak 11 bulan, Nizar memperlihatkan kebajikan kepada rakyat dan beliau sangat disegani pelbagai lapisan masyarakat, katanya.
“Ini adalah calon yang sebaik sahaja bekas ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia, saya sendiri sebutkan bahawa Nizar adalah calon yang perlu diketengahkan bagi pilihan raya di Bukit Gantang, ternyata pilihan saya tepat dan benar,” katanya.
Sebelum ini Ngeh pernah mencadangkan nama Nizar selaku calon terbaik bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang kerana ketokohan Nizar selaku MB Pakatan Rakyat yang diterima semua pihak.
Menyokong pandangan itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut melihat Nizar sebagai calon yang akan memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat menang 7 April nanti.
Dalam pada itu beliau turut mencabar Umno-BN meletakkan Dr Zambry Abdul Kadir selaku calon BN di Bukit Gantang bagi memperlihatkan siapa MB sebenar yang dipilih rakyat.
“Ini bukan setakat satu pilihan raya kecil, ia adalah juga referendum rakyat kepada kerajaan BN Perak yang ditubuhkan secara rampasan kuasa dan referandum kepada Najib Tun Razak yang bakal menjadi PM akan datang,” ujarnya. HarakahDaily.Net
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: Bukit Gantang, calon Pakatan Rakyat P059 Bukit Gantang, calon tepat, calon terbaik, Dato' Ngeh Koo Ham, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, P059, P059 Bukit Gantang, Parlimen Bukit Gantang, Pengerusi DAP Perak, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7