5 Julai, 2008 6:40 PM
Sejarah Malaysia akan dicipta tidak sampai 1 hari sahaja lagi dan kurang 24 jam daripada sekarang. Esok, bersamaan 06.07.08 (aku baru je perasan nombor ni, nampak macam cantik je. Jangan salah faham ya, aku bukannya seorang kaki nombor) dianggarkan seramai 1 juta rakyat Malaysia akan berhimpun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya bersatu hati untuk membantah kenaikan harga minyak atau petrol yang telah diumumkan oleh Pak Lah pada 04.06.08 yang lalu.
Jika anda mempunyai masa pada hari tersebut, sila hadir beramai-ramai dan bawa bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke sana. Aku pula tidak pasti sama ada akan sertai acara itu ataupun tidak kerana tuntutan tugas di pejabat.
Kepada mereka yang tidak tahu bagaimana hendak ke tempat lokasi, di sini aku sertakan 1 peta untuk makluman anda.

Selamat memPROTES dengan perasaan yang GERAMM ya?
Leave a Comment » |
Berita Malaysia, Isu Semasa, Politik Malaysia | Tagged: GERAMM, Perhimpunan GERAMM Sejuta Rakyat, Perhimpunan PROTES Sejuta Rakyat, PROTES |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
5 Julai, 2008 5:43 PM
Hari ini aku pergi pejabat pos menuntut rebet tunai untuk subsidi petrol. Bilangan orang tidak ramai di pejabat pos yang aku kunjungi. Selepas selesai mengisi borang, tiba giliran aku. Dalam tempoh tidak sampai 3 minit, aku telah diberi RM150.00 (rebet tunai untuk motorsikal) oleh petugas kaunter Pos Malaysia.
Adakah aku gembira? Aku rasa tidak!. Jika aku gembira sekali pun, perasaan itu hanya sementara sahaja. Ini adalah disebabkan, selepas melakukan kiraan…RM150.00 / 12 bulan = RM12.50 sebulan. Tetapi jika anda semua ingin tahu, motorsikal aku tu perlu diisi sebanyak RM9.00 selama 4 hari!
Mari kita buat kiraan daripada awal. 30 hari dalam sebulan / 4 hari = 7.5 hari. Maknanya, aku kena isi petrol motorsikal sebanyak 7.5 kali sebulan. Bila kita bulatkan angka tersebut, 7 hari X RM9.00 = RM63.00 ialah harga yang perlu aku belanjakan selama sebulan. Jika RM63.00 X 12 bulan = RM756.00 yang perlu aku belanjakan selama setahun!!. Jika RM756.00 – RM150.00 = RM606.00 inilah kos yang perlu aku keluarkan untuk tempoh setahun.
Kesimpulannya, rebet tunai untuk subsidi petrol yang diberikan oleh kerajaan tidak mampu untuk membantu mengurangkan beban rakyat! Pada pendapat aku, orang nak beri kita duit…kita ambil, tapi untuk sokong kerajaan sekarang aku akan katakan TIDAK!!!
Kepada anda yang masih belum menuntut rebet tunai untuk subsidi petrol, klik di sini untuk muat turun borang tersebut.
Leave a Comment » |
Isu Semasa | Tagged: petrol naik, rebet tunai, subsidi petrol |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7
5 Julai, 2008 4:29 PM
Semalam, sesampainya aku ke rumah daripada pejabat, aku menghubungi .:ask:. untuk bertanyakan tentang t-shirt merah GERAMM. Nasib aku baik kerana dia masih ada beberapa helai lagi t-shirt tersebut dalam simpanannya.
Aku diberitahu oleh .:ask:. juga, ada beberapa rakan AIC akan berkumpul malam nanti. Selepas diberitahu lokasi perjumpaan, aku menyatakan persetujuan untuk turut serta.
Bila aku masuk sahaja ke dalam rumah, aku diberitahu oleh ahli keluarga bahawa saluran astro pula menghadapi gangguan siaran!
Aduhai…belum habis penat balik daripada kerja, satu lagi masalah menerpa.
Aku menghubungi talian perkhidmatan pelanggan astro, tetapi selepas menunggu selama 5 minit barulah aku dapat melaporkan aduan kepada seseorang di hujung talian! Lambat dan penat aku menunggu!
Macam ini ke perkhidmatan kepada pelanggan yang cekap?
Selepas memberikan beberapa maklumat peribadi, aku diberi jaminan dalam masa 4 (baca empat) jam pekerja bahagian teknikal akan menghubungi aku. Ya Allah! “Dalam tempoh 4 jam selepas saya buat aduan baru ada orang yang akan hubungi saya ke?”, kataku kepada pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut. “Ini prosedur biasa encik”, jawapnya ringkas. “Jangan pula nanti dah 3 jam 59 minit baru ada orang yang akan hubungi saya”, kataku sedikit marah.
Macam ni punya service level agreement pun ada ek? Hairan aku. Dah la aku malas nak peningkan kepala. Kemudian aku mandi dan bersiap untuk keluar dan bertemu rakan-rakan AIC. Tetapi ada juga beberapa orang yang tiba lewat kerana kesesakan lalu lintas. Aku jadi GERAMM sekali lagi!
Ramai rakan AIC yang aku temui. Aku juga dapat beli t-shirt merah GERAMM daripada .:ask:.
Pertemuan kami berakhir pada jam 11:35 malam.
Leave a Comment » |
Ceritaku | Tagged: Aku GERAMM!, Astro, GERAMM, Perkhidmatan Astro, t-shirt GERAMM |
Pautan Kekal
Dikirim oleh hazrul7