Semalam adalah hari pertama dalam tahun kewangan baru (new financial year) di syarikat aku bekerja sekarang. Entahlah…baru satu hari, jadi aku tak tahu apa yang akan berlaku di hari-hari seterusnya. Aku berdoa semoga hari-hari yang akan aku lalui pada masa akan datang akan menjadikan aku sebagai seorang pekerja yang terus amanah dan berdedikasi. Walaupun sekarang sudah ada tanda-tanda yang tidak menyenangkan hati, aku berdoa agar diri ini akan tetap sabar dan tabah dengan dugaan yang akan hadir nanti.