Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada para pengunjung blog ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya aku berjaya juga membina satu blog peribadi. Sudah lama aku ingin mempunyai blog peribadi sendiri tetapi oleh kerana sibuk dengan tugas seharian ianya membataskan diri untuk memulakannya. Akhirnya, hari ini aku memulakan langkah pertama untuk mengorak ke satu dimensi baru dalam hidup. Mulai saat ini aku juga boleh dipanggil sebagai seorang blogger di Malaysia! Hahahaha…