Tarif Elektrik Naik…

1 Julai, 2008 4:17 PM

Bermula hari ini, penduduk di Semenanjung Malaysia akan menghadapi kenaikan tarif elektrik. Selepas penstrukturan semula subsidi minyak, langkah berjimat cermat yang baru ingin dipraktikkan oleh kebanyakan rakyat perlu diperketatkan lagi. :(

Mengikut tarif baru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menetapkan pengguna domestik akan dicaj sebanyak 34.5 sen seunit jika penggunaan elektirk sebulan adalah di antara 201 kWj hingga 400 kWJ. Dianggarkan lebih 50 peratus pengguna rumah kediaman di negara ini menggunakan elektrik melebihi 200kWj sebulan. Ini sudah pasti akan memberi kesan yang besar terhadap perbelanjaan bulanan setiap isi rumah.

Impak terbaru ini dijangka akan menambahkan lagi beban yang perlu ditanggung oleh mereka yang sudah bekeluarga. Selepas kenaikan harga petrol, diesel dan barangan keperluan harian…kini elektrik iaitu salah satu kemudahan asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk menyediakannya telah menjadi barang dagangan kepada rakyat! :( :(


Langkah Pertama…

1 Julai, 2008 12:29 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada para pengunjung blog ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya aku berjaya juga membina satu blog peribadi. Sudah lama aku ingin mempunyai blog peribadi sendiri tetapi oleh kerana sibuk dengan tugas seharian ianya membataskan diri untuk memulakannya. Akhirnya, hari ini aku memulakan langkah pertama untuk mengorak ke satu dimensi baru dalam hidup. Mulai saat ini aku juga boleh dipanggil sebagai seorang blogger di Malaysia! Hahahaha… :)